
PORTSMOUTH - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sekali lagi meramalkan skuad bimbingannya memiliki kemampuan yang cukup untuk menjuarai Liga Perdana England musim ini.
Arsenal bakal berdepan pasukan tercorot, Portsmouth awal pagi esok dan pertemuan itu bakal menjadi medan terbaik untuk membuktikan kata-kata Wenger itu adalah benar.
Tatkala pengkritik bola sepak meramalkan kejuaraan musim ini hanya akan menjadi milik Chelsea dan Manchester United, Wenger masih optimis Arsenal mampu muncul juara.
"Detik kebangkitan kami bermula pada pertemuan dengan Liverpool awal bulan ini apabila kami menang perlawanan itu biarpun suatu ketika, kami ketinggalan pada babak pertama.
"Saya pernah katakan yang pasukan ini cukup berbakat, dahagakan kemenangan dan mempunyai semangat juang yang cukup baik.
"Selain itu, mereka turut memiliki keghairahan untuk mencapai kejayaan," kata Wenger.
Keyakinan Wenger itu ditambah dengan kejayaan terbaru Arsenal menewaskan Aston Villa 3-0, Ahad lalu dengan Cesc Fabregas meledak dua gol.
Namun, kapten Arsenal itu terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederan hamstring yang mungkin menyaksi- kannya terlepas aksi bertemu Portsmouth awal pagi esok.
Sementara itu, pengurus Portsmouth, Avram Grant yakin bahawa cara terbaik untuk mereka menyaingi corak permainan pantas Arsenal hanya dengan melakukan terjahan-terjahan kemas.
"Kami perlu tampil lebih agresif. Kadangkala kami mampu beraksi dengan baik.
"Arsenal cukup kuat tetapi setiap pasukan pasti ada kelemahan. Kami perlu mengenal pasti kelemahan mereka dan cuba memanfaatkannya," kata Grant.
Portsmouth bagaimanapun bakal kehilangan Jamie O'Hara yang digantung perlawanan manakala empat pemainnya sudah berangkat untuk menyertai Piala Negara-Negara Afrika iaitu Kanu (Nige- ria), Aruna Dindane (Ivory Coast), Hassan Yebda dan Nadir Belhadj (Algeria). - AFP
No comments:
Post a Comment