![]() |
| MOURINHO mengakui berminat untuk kembali membimbing kelab England suatu hari nanti. |
LONDON - Jose Mourinho menghadirkan panik buat semua pengurus-pengurus pasukan Liga Perdana England apabila beliau menyatakan: "Saya mahu kembali ke England."
Mourinho tidak menolak kemungkinan ia bakal berlaku pada penghujung musim ini ketika beliau hadir menyaksikan pertemuan Chelsea dan Fulham malam kelmarin sebagai persiapan pasukan bimbingannya, Inter Milan bertemu Chelsea pada saingan kalah mati Liga Juara-Juara.
"Saya mahu kembali. Saya bukan seorang jenis individu yang suka menyembunyikan perasaan. Saya akan ulangi perkataan yang sama, saya suka berada di sini," kata Mourinho.
Pengendali berusia 46 tahun itu dikaitkan bakal membimbing sama ada Liverpool, Manchester City atau Manchester United.
Namun, setelah melihat aksi goyah Chelsea ketika ini, rata- rata penyokong The Blues mahu melihat Mourinho kembali membimbing kelab itu.
"Saya menang dua kejuaraan liga sepanjang tiga tahun bersama Chelsea berserta beberapa piala lain. Saya cukup berjaya di sini dan adalah normal semua kelab di sini mahukan khidmat saya.
"Saya pernah menang dua kejuaraan liga bersama Porto, dua bersama Chelsea dan sekarang saya mahu mengulangi lagi bersama Inter. Ia sesuatu yang cukup istimewa.
"Tetapi saya yakin akan kembali ke England suatu hari nanti. Saya tidak akan meninggalkan sesatu kelab itu pada pertengahan musim. Jadi sehingga penghujung musim ini, saya tidak akan meninggalkan Inter," jelas Mourinho.
Sementara itu, pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti telah diejek penyokong mereka sendiri biarpun skuad bimbingannya berjaya mengatasi Fulham 2-1 malam kelmarin.
"Ia bukan Disember yang baik tetapi sekarang kami sudah melepasinya.
"Perlawanan ini juga bukan mudah, kami ketinggalan 0-1 pada babak pertama tetapi detik kebangkitan kami cukup menakjubkan," kata Ancelotti. - Agensi

No comments:
Post a Comment