Pages

Friday, January 1, 2010

Kedah rancang strategi baru tarik pelancong 2010


Ekonomi
Kerajaan Negeri Kedah telah merangka perancangan yang lebih baik bagi menjadikan negeri tersebut sebagai salah satu destinasi menarik bagi pelancong tempatan dan juga luar negara.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat India, S.Manikumar, pembangunan keatas beberapa tempat menarik yang telah dirancang untuk diberikan penekanan bersama agensi-agensi yang terlibat merangkumi empat zon yang telah dikenal pasti.

"Langkawi, Pembangunan Merbok, Hub Agro Tourism di Pendang dan Pembangunan Bandaraya Alor Setar adalah antara beberapa buah lokasi yang dilihat menarik kerana di situ terdapat Gunung dan Sungai yang berpotensi untuk menjadi tarikan kepada para pelancong.

"Di Merbok ada produk pelancongan seperti Gunung Jerai, Sungai Merbok dan Semeling, Pulau Songsong dan sebagainya.Antara perkara yang akan diberi perhatian ialah mewujudkan 'tag line' kepada industri pelancongan ini.Tempat-tempat yang menarik akan secara automatiknya mewujudkan konsep bumi hijau yang akan merangkumi beberapa pengembaraan yang menarik."

Menurut beliau lagi bagi menjayakan perancangan tahun 2010 ini maka kerjasama daripada pelbagai pihak adalah penting bagi memastikan aspirasi Kerajaan Negeri untuk mewujudkan destinasi menarik pelancongan di negeri Kedah ini menjadi realiti yang akan memberi pulangan kepada kerajaan dan juga manfaat rakyat negeri ini.

No comments:

Post a Comment