Pages

Sunday, March 7, 2010

Aik,,,, macam geng jer ni,,, ada kira kira kot,,,,

SPR: PKR tidak boleh paksa Zul Noordin kosongkan kerusi

KUALA LUMPUR, 7 Mac — Parti-parti politik tiada hak untuk memaksa mana-mana wakil rakyat yang dipecat supaya mengosongkan kerusi mereka, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar.

Ini termasuklah kes terbaru membabitkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin (gambar) yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat semalam dan beliau diarah mengosongkan kerusinya.

Parlimen akan bersidang mula 15 Mac ini.

“Parti politik boleh memecat wakil rakyat mereka tetapi tidak boleh memaksa atau mengarahkan mereka melepaskan jawatan mereka sama ada sebagai Ahli Parlimen atau Adun,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tindakan mengarahkan seseorang wakil rakyat mengosongkan kerusi mereka bercanggah dengan prinsip perwakilan mewakili rakyat, kata beliau.

“Melainkan dia sendiri mahu berundiur,” kata Wan Ahmad.

Kata beliau, walaupun mereka bertanding atas tiket parti, tetapi Ahli Parlimen atau ADUN terbabit dipilih oleh rakyat atau pengundi kawasan yang mereka wakili.

“Oleh itu adalah menjadi hak wakil rakyat (terbabit) untuk mengekalkan kerusinya sehingga akhir hayat mandat,” kata beliau lagi.

Justeru Wan Ahmad berkata, wakil rakyat terbabit tidak perlu melepaskan kerusi yang dimenanginya, malah undang-undang juga tidak meminta mereka berbuat demikian.

“Soal dia kena meletakkan jawatan, ini tidak timbul kerana dia hanya menggunakan simbol... parti politik tidak boleh mengarahkan seseorang wakil rakyat meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat, parti tidak boleh memaksa mereka meletakkan jawatan,” katanya lagi.

Jelas Wan Ahmad, apabila seseorang Ahli Parlimen dan ADUN dipecat mereka boleh memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas.

“Sebab itu kita ada peruntukan sebagai wakil rakyat Bebas,” kata beliau mengulas keputusan tegas PKR memecat Zulkifli, Ahli Parlimen penggal pertama, dan diarahkan supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Bagaimanapun Zulkifli menegaskan beliau tidak akan merayu dan pada masa yang sama akan mengekalkan kerusinya yang dimenangi 8 Mac 2008.

Dengan menjadi wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat, tiga rakannya yang telah keluar PKR untuk bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas ialah Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Tahun lalu ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah juga diminta melepaskan kerusinya tetapi beliau bertindak keluar untuk menjadi wakil rakyat Bebas.

Malah pada awal tahun lalu, SPR menolak daripada menerima surat peletakan tanpa tarikh ADUN Behrang dan Changkat Jering yang dikatakan ditandatangani sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Kedua-dua ADUN itu menafikan mereka menandatangani surat berkenaan secara sukarela, sebaliknya mendakwa diminta menurunkan tandatangan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak mereka daripada melompat parti. - Malaysianinsider

** ish,,, ni kira mcm mana ni,, wakil parti apa ni,,, Keadilan ker,, bukan,, PAS,, bukan,,, Bebas kot,,, tapi tak announcce plak,,, memang mangkak ubi la benggong ni,, teloq tarrak,,, akai pendek,,,,, sembang2 pusing pusing,, Khak ptuih,,,, ,,,

muka tak malu,, org buang,, tapi dok merenyam lagi,,, nampak sangat gila jawatan,,, tapi dok komplen,,, mcm taik,,,

Meluat aku tengok drama hang,,, semak ,, semak,, seMAAAKKKK,,,,,

Esok hg pi masuk pra sekolah la wei,,, start baca A,, B,, C,, balik,,,

No comments:

Post a Comment