Friday, March 12, 2010

Edar Dadah: Pelakon Lelaki Popular Ditahan Reman


KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan reman seorang pelakon lelaki yang pernah meraih anugerah pelakon drama terbaik kerana disyaki mengedar dadah jenis syabu dan kokain ketika serbuan di tempat letak kereta sebuah kondominium mewah di Segambut di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, lelaki berusia awal 30-an itu, yang merupakan anak seorang pelakon wanita veteran, ditahan bersama teman wanitanya berumur 24 tahun kira-kira pukul 2.30 petang.

"Susulan dengan tangkapan itu, polis menyerbu rumah lelaki itu di kawasan Kepong dan menemui 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan kira-kira RM650,000," katanya kepada mStar Online di sini, hari ini.

Chez Chiang berkata, hasil siasatan ke atas kedua-dua suspek didapati mereka positif syabu.

"Kami percaya dengan nilai rampasan yang begitu banyak, mereka turut mengedar dadah itu. Bagaimanapun pihak kami akan siasat di mana mereka dapat dadah itu dan di mana mereka jual," katanya.

Katanya, pelakon dan teman wanitanya itu direman selama tujuh hari mulai hari ini.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori. - Mstar

No comments:

Post a Comment