Pages

Wednesday, March 10, 2010

Fitnah 'Pakatan Dajjal'

DSAI terpaksa menempuh perancangan jahat (fitnah) 'Pakatan Dajjal' buat kali keduanya. Dalam proses 'Pakatan Dajjal' mempergunakan mahkamah negara kita, parti yang bernama PKR yang lahir dari penderitaan DSAI angkara fitnah-1 telah mula menerima serangan 'terancang' bertujuan untuk menghancurkannya sekali gus.

Dato' Sallehuddin Hashim (bekas Setiausaha Agung PKR) meletak jawatan dan selang beberapa hari beliau bertindak keluar parti berangkaian dengan 3 Ahli Parlimen PKR. Dalam berita radio dan tv yang sentiasa 'taat setia' kepada kerajaan dalam keadaan apa sekalipun, telah menggembar-gemburkan bahawa ramai lagi MP/ADUN dari PKR terutamanya di Kedah akan bertindak sedemikian. Samada benar atau tidak, sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Fatwa Yusuf al-Qaradawi

Ekoran daripada Fitnah-2 terhadap DSAI, Ketua Ulama Islam Sedunia iaitu Prof Dr Yusuf al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa dalam bentuk rakaman sidang video yang bertajuk 'Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap DSAI'.

Fatwa berkenaan berbunyi, "sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah 'munafik' dan sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut, maka jatuh hukumnya sebagai fasik."

Tokoh Islam itu membawa hujah Al-Quran dan Hadis serta alasan-alasan kenapa beliau mengeluarkan fatwa berkenaan dan beliau tegaskan akan bertanggungjawab di akhirat kelak.

Pertembungan Perundangan Islam Dan Sekular


Dalam perkembangan permohonan Qazaf Anwar Ibrahim meminta supaya Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan Ketua Pendakwaraya Syariah Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain mendakwa Saiful Bukhari diatas kesalahan membuat pertuduhan palsu, telah mendapat tentangan dari pihak yang mewakili Kerajaan Malaysia.

Peguam Syarie yang mewakili kerajaan Malaysia mengatakan bahawa Mahkamah Syariah tidak boleh mencampuri urusan atau mengatasi bidang kuasa Ketua Pendakwaraya Syariah mengikut Seksyen 58(2) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam. Beliau juga berkata terdapatnya kesilapan dalam permohonan yang difailkan pihak DSAI, dan demikian itu permohonan beliau harus ditolak.

Menteri Hal-Ehwal Agama Islam Kerajaan UMNO/BN Datuk Jamil Khir Baharom, Shamsuddin dan Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali juga turut sama membela kerajaan Malaysia dengan memfailkan bantahan supaya permohonan Qazaf oleh DSAI itu digugurkan.

Bagi menyanggah hujah berkenaan, Peguam Syarie Kamar Ainiah Kamaruzaman menyorot perhatian mahkamah kepada prinsip perundangan Islam yang telah meminta mahkamah menjelaskan apakah kuasa pendakwaan Ketua Pendakwaraya Syariah bersifat muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.

Beliau juga menarik perhatian peguam kerajaan kepada turutan sebelum ini yang menunjukkan bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk mencampuri hal-ehwal undang-undang Islam.

Beliau berkata, "jika mahkamah merasakan ia tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan Ketua Pendakwaraya mempercepatkan tuntutan Qazaf terhadap Saiful, maka DSAI boleh merujuk kes beliau ke mahkamah sivil. Tetapi, apakah kita mahu isu masyarakat Islam di dengar di mahkamah sekular dan oleh hakim yang 'kafir'?

No comments:

Post a Comment