Pages

Sunday, March 7, 2010

keluaq siap2 .. sapa nak keluaq,,,

RAMAI LAGI YANG NAK KELUAR-IKUT KATA ZULKIFLI NORDIN



Saya sudah hubungi mereka yang akan keluar parti - Zulkifli

Oleh Masdar Wahid


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen (MP) Kulim-Bandar Baharu, yang dipecat kerana kerap menimbulkan masalah dalam PKR hampir dua tahun yang lalu mendakwa telah menghubungi beberapa ahli dan pemimpin PKR yang akan keluar parti.


Beliau turut mendedahkan angka yang akan keluar parti itu sebagai ‘mengejutkan’.


Berikut merupakan soal jawab wartawan dengan Zulkifli selepas Jawatankuasa Disiplin PKR memecat beliau semalam.


Soalan: Adakah firaun kecil cukup bahaya pada pandangan YB (Yang Berhormat).

Jawapan: Cukup bahaya... bahaya kerana mereka mempunyai agenda untuk mengubah kerangka perlembagaan negara yang akan membabitkan segala institusi yang diiktiraf perlembagaan.

Soalan: Tindakan mereka dilihat berbahaya, adakah kepemimpinan PKR tidak boleh mengawal mereka?


Jawapan: Ya dan saya sedih kerana itu.

Soalan: Apa pula pandangan YB mengenai masa depan PKR?

Jawapan: PKR akan hancur kerana keputusan yang dibuat adalah mengikut kepentingan sendiri.

Ramai lagi tokoh-tokoh yang akan keluar, saya sudah dihubungi mereka dan ia akan berlaku tidak lama lagi. Jumlah yang akan keluar itu adalah amat mengejutkan.


Soalan: Apa pendapat YB mengenai kepemimpinan Anwar sekarang?

Jawapan: Saya rasa Anwar perlu keluar daripada ketaksuban mengejar cita-cita ke Putrajaya tetapi menumpu untuk menguatkan parti, itu kesilapan besar beliau sebab semua perjuangan dalam bentuk ceramah mengejar kepada Putrajaya. Saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku.

Soalan: Adakah YB muktamad untuk tidak membuat rayuan?

Jawapan: Saya tidak bercadang untuk membuat rayuan, saya kenal firaun kecil ini, mereka hanya berlakon saja seolah-olah semua proses sudah dibuat.

Soalan: Adakah YB jangka akan dipecat?

Jawapan: Tidak... saya jangka akan dipanggil berhubung ketidakpuasan hati terhadap panel bukan Islam (dalam Jawatankuasa Disiplin).



Pemecatan Zulkifli diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali, Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub, Ketua Penerangan Latheefa Koya dan Pengarah Strategik Tian Chua.


Sehubungan itu, Zulklifi didesak mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008.

Walaupun Zulkifli mendakwa beliau di’hukum’ tanpa diberi peluang membela diri, namun Jawatankuasa Disiplin itu awal-awal lagi membenarkan Zulkifli membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh dia dipecat.


Sementara itu, mstar melaporkan Zulkifli tidak menolak akan menyertai PAS. Namun, sejak bulan lalu, pimpinan PAS, iaitu Mustafa Ali awal-awal lagi akan menolak permohonan beliau.

No comments:

Post a Comment