Pages

Thursday, March 11, 2010

Kenyataan "Melampau" Zulkifli Nordin Terhadap Pimpinan Pas..!!

Selepas mendakwa ada Firaun kecil di dalam PKR,kini Ahli Parlimen yang suka berkokok ikut sedap mulut iaitu YB Zul Nordin cuba pula memasuki sempadan Pas,apabila beliau menyifatkan pimpinan Pas yang tidak menyukai beliau menyertai Pas umpama "Badut Hingusan" yang tiba-tiba melatah dan melenting tak tentu pasal."Sedangkan saya tidak pernah pun memohonn untuk menyertai Pas,"katanya.

"Lebih teruk lagi "Badut-badut Hingusan" ini kalau bab mengutip dana cukup hebat tetapi dalam masa yang sama hebat juga kalau maki hamun orang,sehinggakan iblis dan syaitan pun boleh menangis,tapi saya tahu "Badut-badut Hingusan" ini adalah golongan yang jahil,"Ujar beliau lagi.

"Setakat ini saya,saya tidak terfikir langsung untuk menyertai mana-mana parti politik,tetapi saya tetap bersama pejuangan islam,"tegasnya.

Dalam perkembangan yang lain,YB Mahfuz Omar menyatakan bahawa Zul Nordin adalah manusia yang "Tidak Laku" dalam Pas.

No comments:

Post a Comment