Pages

Sunday, March 7, 2010

Malu apa aih,, yg dok lompat berlambak ,, semua tak malu pun,,,

Saya malu bersama PKR'

KUALA LUMPUR: "Saya berasa malu kepada Allah dan umat Islam untuk terus bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR akan hancur kerana segala keputusan dibuat untuk kepentingan sendiri dan ramai lagi akan keluar selepas ini kerana kecewa dengan keadaan PKR sekarang."

Itu antara luahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin selepas mengetahui keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat beliau serta-merta, petang semalam.

Beliau diberi masa 14 hari untuk membuat rayuan berhubung keputusan yang dikenakan terhadapnya dan jika gagal berbuat demikian PKR mendesaknya supaya mengosongkan kerusi Parlimen yang dimenanginya atas tiket PKR.

Zulkifli kecewa kerana Anwar terlalu taksub untuk mengejar cita-citanya ke Putrajaya (menjadi Perdana Menteri), sehingga dalam setiap ceramahnya, hanya perkara itu ditekankannya dan bukannya soal parti.

"Itu kesilapan besar yang dilakukan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Beliau yang memang lantang mengkritik kepemimpinan pakatan pembangkang mahu Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengosongkan terlebih dulu kerusinya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat kerana PKR kini sudah hilang majoriti sebagai pembangkang.

Zulkifli yang bertegas untuk tidak membuat rayuan atau mengosongkan kerusinya turut mendakwa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam tetapi menjadikan agenda Islam untuk mainan politik picisan dan retorik murahan serta pembohongan jelas pada rakyat.

Malah, katanya, PKR turut membuat laungan palsu berhubung perjuangan untuk memartabatkan nilai kemanusiaan, mengembalikan hak asasi manusia, mendaulatkan nilai dan prinsip keadilan sejagat.

Zulkifli sekali lagi mempersalahkan firaun kecil dalam PKR sebagai dalang untuk menghancurkan karier politiknya serta memecatnya daripada parti itu.

Sebelum itu, pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan memecat Zulkifli dibuat selepas Lembaga Disiplin mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan juga kenyataannya dalam satu program televisyen terbitan TV3.

Sehubungan itu katanya, Zulkifli diminta mengosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

"YB Zul (Zulkifli) dilucutkan keanggotaan parti dan surat akan dihantar kepadanya pada hari Isnin ini. Parti juga mendesak beliau mengosongkan kerusi Kulim-Bandar Baharu, supaya mandat dapat diberikan kembali kepada rakyat.

"Parti desak dan yakin YB Zul (Zulkifli) faham dan yakin beliau akan membuat penilaian yang terbaik," katanya ketika mengumumkan perkara itu di sini, semalam. Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali.

Ditanya jika Ahli Parlimen itu mengambil tindakan untuk melompat parti, Saifuddin berkata keputusan itu terletak di tangan Zulkifli selain yakin ia tidak akan berbuat demikian.

Katanya, keputusan itu dibuat secara sebulat suara selepas mempertimbangkan pelbagai aspek, termasuk kesan kesalahan yang berulang dilakukan Zulkifli serta kesannya terhadap parti.

"Kandungan wawancara dalam slot TV3... ada serangan keras terhadap paksi parti dan kerjasama dalam pakatan rakyat dan ini dinilai secara serius," katanya. - Bharian

No comments:

Post a Comment