Pages

Tuesday, March 9, 2010

MB Haram berhadapan dengan Pembalakan Haram

IPOH 10 Mac – Pada 6 Mac lalu, sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan satu kegiatan pembalakan haram di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Perak dan Pahang dalam operasi bersama Jabatan Perhutanan Perak dan Rela.

Kawasan pembalakan haram berkenaan terletak berhampiran Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. Baca lagi laporannya di sini

Komen : Bila baca laporan diatas, nampak sangat mereka ini seolah-olah mahu memperbodohkan mentaliti rakyat. Ya lah! Macam mana mereka yang terbabit memotong ratusan balak itu - ulang lagi : 'ratusan balak itu' boleh sempat melarikan diri? Lari dalam hutan bukan boleh pergi jauh kemana.Takkanlah mereka masuk hutan berjalan kaki tanpa berkenderaan tanpa bawa bekalan makan?Berapa hari mereka boleh survive hanya berbekalkan teloq mereka?

Alahai, kominis yang bersenjata pun boleh diburu dalam hutan, inikan pula pembalak haram!Tentu mereka lebih takutkan mati kebuluran dalam hutan atau dibaham harimau.

Mengapa Jabatan Perhutanan negeri tidak meminta bantuan PPH supaya 'cordone' kawasan tersebut.Jalan masuk kawasan balak bukan banyak.Biasanya satu tu lah sahaja!Inilah yang nampak peliknya...

“ Tiada tangkapan dibuat kerana mereka yang terbabit sempat melarikan diri” Entah-entah yang melarikan diri itu kroni sendiri dan mendapat maklumat dari dalaman untuk lari….

Takanlah buat ambush main terjah begitu sahaja; melibatkan 3 agensi pula tu! – Jabatan Perhutanan Negeri, SPRM dan Rela. Sudah tentu rancangan tersebut telah bocor di mana-mana.Takkanlah sebodoh itu nak buat ambush?

Dan semakin nampak bodoh pula bila MB Kudeta itu mengarahkan Jabatan Perhutan Negeri untuk buat laporan…. Hoi Zambry, apa sudah jadi dengan LAPORAN KECURIAN BALAK Dl GERIK KEPADA SPRM yang telah lebih sebulan dulu diadukan?

Rakyat nak tahu kes curi balak disitu.Dah lama pun kita buat aduan tapi hingga kini tak ada satu perkhabaran mengenainya.

Antara yang termuat dalam aduan yang dibuat pada 1 Feb 2010 oleh YB Drs Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong ialah permintaan beliau supaya :

Siasatan juga mestilah meliputi pihak syarikat yang bertanggungjawab menebang hutan tersebut, pihak yang memiliki kenderaan yang disita, pekerja yang terlibat dan termasuklah jawatankuasa yang meluluskan kawasan Balak yang dipengerusikan olen MB Kudeta Perak. /

No comments:

Post a Comment