Pages

Friday, March 5, 2010

Sembang macam "TAIK"

Semua Kampung Dan Pekan Kecil Akan Dipasang Internet

JELEBU, 5 Mac (Bernama) -- Semua kampung dan pekan kecil di negara ini termasuk di kawasan pendalaman akan dibekalkan capaian internet menggunakan teknologi, WiMax.

Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada dua hari lepas sebagai gandingan kepada kemudahan internet percuma yang akan dibekalkan kepada pejabat Jabatan Penerangan di seluruh daerah dalam negara ini.

"Jadi kami akan meneruskan pemasangan projek tersebut dan ini sekaligus akan merangkaikan kampung-kampung di pendalaman dengan kemudahan WiMax dan WiFi," katanya kepada pemberita selepas majlis bersama pemimpin di Kampung Lakai.

Katanya untuk memanfaatkan lagi kemudahan itu, SKMM dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan membekalkan komputer pada harga serendah RM1,000 untuk para pelajar di kawasan kampung.

Melalui projek itu nanti, orang kampung akan menikmati capaian internet jalur lebar dengan kelajuan di antara 1 hingga 2 mbps, katanya.

Bagaimanapun, katanya perkhidmatan itu tidak diberi secara percuma tetapi mereka akan dikenakan satu kadar harga yang cukup rendah yang akan diumumkan pada 24 Mac ini.

Beliau menjelaskan, rumah-rumah kampung mampu menikmati kemudahan internet jalur lebar ini disebabkan teknologi WiMax mempunyai liputan seluas lapan hingga 12 kilometer.

Rais tidak menyatakan daerah mana yang akan menikmati teknologi itu dahulu tetapi ia mungkin berjalan serentak di mana setiap negeri akan memilih satu gugusan kampung.

Tujuannya adalah untuk mengkaji keberkesanan projek dari segi kelajuan, mutu, perkhidmatan dan kos, katanya.

"Di kampung-kampung ini, kita akan berurusan dengan Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan kita tidak akan menggunakan orang tengah sehingga harga dan kosnya tinggi, ini kita jadikan sebagai tempat-tempat sentuhan 1Malaysia dalam rangka kita benar-benar berkhidmat pada masyarakat," katanya.

Dalam isu lain, Rais berkata kementeriannya berhasrat untuk mempopularkan anak-anak Orang Asli yang mempunyai bakat dalam muzik dan nyanyian.

Mulai April depan, kementeriannya akan menganjurkan satu pertandingan untuk mencungkil bakar-bakat baru di kalangan Orang Asli yang tinggal di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan.

"Kita mendapati masyarakat Orang Asli berbakat besar sama ada dalam bidang seni suara, pahat, ukir, muzik dan sebagainya, kita akan beri peluang kepada kumpulan muzik Orang Asli untuk dipopularkan sama seperti penyanyi kontemporari yang lain," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment