Pages

Saturday, March 13, 2010

seronok mcmana tak tau la no,,,,

Rakan-Rakan Internet Gembira Dapat Bertemu PM

PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Rakan-rakan internet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasa gembira dan bangga kerana buat pertama kali dapat bersemuka dengan beliau.

Kira-kira 300 rakan internet tersebut dari seluruh negara menghadiri majlis jamuan petang bersama Najib di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini pada Sabtu.

Majlis itu turut dihadiri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa dan Nor Ashman Razak.

"Saya terkejut dan tidak sangka akan menerima jemputan daripada Perdana Menteri untuk menghadiri majlis ini. Saya rasa bertuah kerana terpilih untuk menemui Perdana Menteri daripada beribu rakan internet beliau," kata Muhamad Amirul Shafiq, 16, dari Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Muhamad Amirul berkata dia mengambil inisiatif untuk mendaftar sebagai rakan internet perdana menteri kerana itu adalah cara untuk dia berinteraksi dan bertukar-tukar fikiran dengan pemimpin negara.

"Saya dapati Perdana Menteri adalah seorang yang peramah dan sangat dekat dengan rakyat," katanya.

Jefferson Liew, 22, seorang kakitangan kerajaan berkata langkah Najib mengadakan majlis sedemikian sangat baik, sebagai cara untuk menemui rakyat melalui rakan laman blognya.

Beliau turut mencadangkan agar pemimpin dan wakil rakyat lain melakukan langkah yang sama untuk mendekati rakyat.

"Pengalaman menemui Perdana Menteri sangat bermakna dan saya dapati Najib ialah seorang ahli politik yang sebenar dan yang berjiwa rakyat," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment