Sunday, March 7, 2010

Sherek,,,, injured,,,

United tanpa Rooney hadapi Milan

MANCHESTER - Manchester United bakal berdepan AC Milan pada aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford awal pagi Khamis ini tanpa kelibat penyerang utama, Wayne Rooney.

Pengurus United, Alex Ferguson jelas berang dengan kecederaan yang dialami Rooney selepas dia beraksi untuk England ketika bertemu Mesir di Wembley minggu lalu.

Ia merupakan aksi kedua Rooney di Wembley yang dikritik hebat tentang keadaan padangnya setelah dia yang masih mengalami masalah kecederaan lutut lamanya membantu United menewaskan Aston Villa pada final Piala Liga empat hari sebelum itu.

Akibatnya, Rooney terpaksa diketepikan ketika United menewaskan Wolves 1-0 pada aksi Liga Perdana England awal pagi semalam untuk mereka kembali berada di tangga teratas dan juga untuk perlawanan menentang Milan nanti.

"Dia (Rooney) masih diragui untuk aksi bertemu Milan nanti. Ia pastinya tamparan hebat buat kami," kata Ferguson.

United juga bakal turun tanpa Michael Carrick selepas pemain tengah England itu diperintah keluar padang ketika United mene- waskan Milan 3-2 pada aksi pertama di San Siro serta Ryan Giggs yang masih belum pulih keretakan lengannya.

Namun, Ferguson yakin dengan menjaringkan gol pada aksi kedua di Old Trafford itu, United akan berkedudukan selesa untuk melangkah ke saingan suku akhir.

"Saya rasa gol kedua Milan telah mengejutkan kami. Hanya selepas seminit kami meraikan gol ketiga, tiba-tiba kedudukan menjadi 3-2.

"Jadi jika kami menjaringkan gol terlebih dahulu pada aksi kedua nanti, kami pasti akan meneruskan kemaraan. Kami hanya perlu pastikan kami memanfaatkan segala peluang yang terhidang," kata Ferguson. - AFP

No comments:

Post a Comment