Pages

Tuesday, March 9, 2010

Tengok ni..Berat Bahu Memikul..Berat Lagi Menanggung Kemarahan YB Hamidah..


Beginilah sukarnya penduduk Kampung melakukan
Gotong-royong Projek Air Paip Percuma apabila
peruntukan yang dijanjikan tidak kunjung tiba...

Hanya kerana marahkan Penduduk Kampung yang menerima sumbangan RM5000 daripada Wakil Rakyat mereka iaitu YB Chang Lih Kang dari Pakatan Rakyat,maka rata-rata penduduk Kg Sg Itek menanggung kesusahan apabila peruntukan untuk projek air percuma di kampung itu berjumlah RM10 000 tidak diberi oleh YB Hamidah seperti yang telah dijanjikan.

"Mengapa YB Hamidah buat kami begini,sedangkan beliau adalah ketua Umno Bahagian Gopeng dan ADUN Sg Rapat merangkap Exco kanan Kerajaan Negeri,YB perlu ingat bahawa rata-rata penduduk kampung ini adalah berkeahlian Umno," jelas En. Ibrahim selaku Bendahari projek air paip percuma ini.

"Oleh kerana beliau tidak mahu memberi peruntukan tersebut,maka kami penduduk kampung berpakat dan bersetuju agar projek tersebut dibuat secara bergotong-royong dan dana yang tidak mencukupi itu terpaksalah dikutip dari penduduk kampung yang miskin dan susah,"tegas beliau lagi.

Kekecewaan penduduk kampung akan mungkin akan
direalisasikan nanti dalam PRU ke 13...

"Kami memberi masa seminggu kepada YB Hamidah,dan sekiranya peruntukan seperti yang dijanjikan tidak juga diterima maka kami akan membuat kenyataan media,kini rata-rata penduduk kampung semakin marah dan kecewa dengan sikap seorang pimpinan Umno yang selama ini kami sanjung dan percayai sanggup memperlakukan penduduk kampung sebegini rupa,"katanya lagi.

No comments:

Post a Comment