Pages

Saturday, March 6, 2010

YB ZUL KALAU BETUL PEGANG PADA AGAMA, LETAKLAH JAWATAN MP

Kita ucapkan syabas kepada PKR kerana bertindak telus serta bertanggungjawab jauh berbeza dengan Umno. Tindakan terhadap YB Zul MP Kulim Bandar Baru yang sinonim dengan perkataan `Firaun' itu adalah satu tindakan bijak dan paling tepat. Terbukti PKR adalah parti yang tetap akan mengkotakan janjinya kepada rakyat. Mana-mana pemimpin yang cuba untuk tunjuk keras kepala, ego dan sombong apatah lagi penipu besar, maka wajib disingkirkan.

Seperti dijangka, YB Zul akan tetap mempertahankan tindakan bodohnya itu dengan berbagai alasan yang bodoh juga. Beliau tahu beliau telah melakukan kesalahan menganiayai rakan di dalam parti sekutunya iaitu YB Khalid dengan membuat laporan Polis terhadapnya. Oleh sebab laporan Polis yang telah beliau buat itu, beliau dihadapkan ke JK Disiplin parti. Namun, putar belit YB Zul yang cuba untuk menunjukkan beliau adalah seorang pejuang Islam kununnya memakan diri. Lain yang dituduh, lain yang dijawab.

Sekiranya benar beliau mementingkan Islam, tiada pilihan lain sekarang. YB Zul mesti mengelakkan dirinya dari menerima gaji atau elaun sebagai MP setelah beliau dipecat oleh PKR. PKR telah memilihnya untuk bertanding atas nama parti tersebut, dan kerana parti itu lah maka YB Zul memenanginya. Rakyat tidak memilih batang tubuh YB Zul, itu YB Zul kena faham jika beliau benar-benar faham tentang politik. Sekiranya beliau masih ego dan keras kepala, ini bermakna berapa ribukah pengundi-pengundinya dahulu akan memaki hamun dan mencemuhnya. Masakan seorang `ustaz', pejuang agama sanggup juga terima gaji hasil dari pilihan rakyat yang `sengaja' dikhianatinya itu? Yakinkah YB Zul rakyat di Bandar Kulim Baru yang mengundinya dulu redha dengan gaji atau elaun yang beliau terima sekarang? Jika was-was, apakah hukumnya terima duit dengan was-was itu?

Letaklah jawatan segera, kemudian rakyat boleh menggelar kamu pejuang agama. Jika tidak, elok saja kamu berkawan atau bergabung dengan parti Nallakaruppan./mandor.blogspot.com

No comments:

Post a Comment