Pages

Wednesday, April 28, 2010

Awat tak beli rooney shreek jer,,

Negeri Sembilan Buru Pemain Penyerang

SEREMBAN, 28 April (Bernama) -- Pasukan Negeri Sembilan sedang dalam proses mencari penyerang berkaliber untuk memantapkan jentera serangan dalam usaha mempertahankan Piala Malaysia musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS, Datuk Mohamad Hasan berkata pemain penyerang itu akan dikenalpasti dari pasukan lain yang tidak beraksi dalam kempen Piala Malaysia.

"Kita akan pinjam pemain penyerang ini bagi menghadapi saingan Piala Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini Rabu.

Mohamad, yang juga Menteri Besar, berkata prestasi skuad Rusa itu tidak konsisten berikutan barisan penyerang yang diterajui oleh Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, Mohd Shaffik Abdul Rahman, Mohd Firdaus Azizul dan Mohd Asyraf Al-Jafri tidak menyengat.

Beliau berharap pasukan itu akan menyajikan persembahan yang lebih mantap pada pusingan kedua saingan Liga Super bermula Selasa depan.

Negeri Sembilan kini menduduki tangga kelima dalam Liga Super selepas mengumpul 20 mata.

No comments:

Post a Comment