Pages

Monday, April 26, 2010

BELI UNDI , Najib menafikan...Tapi kami bukan bodoh..!


Pengumuman pelbagai projek di Hulu Selangor bukan bertujuan membeli undi pada pilihan raya kecil itu semalam. Sebaliknya, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pengumuman berkenaan adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat yang sudah lama hadapi mereka.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam. "Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk.

Najib berkata demikian semasa mengulas dakwaan pembangkang kononnya BN membelanjakan RM167 juta bagi melaksanakan pelbagai projek untuk meraih undi di Hulu Selangor.

Perdana Menteri memberi contoh projek pembinaan persimpangan bertingkat dekat Sungai Buaya, yang menurutnya bertujuan menangani masalah orang ramai di kawasan berkenaan.

"Ia dilaksanakan kerana orang ramai mahukan projek ini. Projek dilaksanakan oleh syarikat Plus (Plus Expressways Bhd), ia bukan wang awam. Persimpangan itu bertujuan membantu penduduk tempatan kerana ia akan dapat memendekkan tempoh perjalanan antara 60 dan 90 minit. Jadi apa yang dilakukan BN ialah menangani masalah tulen yang dihadapi penduduk, BN bukan beli undi," kata Najib.

1 comment:

  1. najib mesti kate da lama nak bagi... cume masa nih secara kebetulan... bengggggggaaaaangggggnya!!!

    ReplyDelete