Pages

Monday, May 3, 2010

Aku rasa ni sandiwara blogger UMNGGOK,,,

Gempar !!! dua lagi DUN PR akan lompat keluar...!!

Berita dari angin sepoi-sepoi bahasa
Dalam waktu terdekat akan ada lagi DUN dari PR akan keluar parti. Khabar dari angin sepoi2 bahasa begini boleh menjadi angin ribut d pihak Azizan yang memang sedang menyiapkan dirinya untuk menjadi ketua pembangkang.
Isu-isu yang panas kebelakangan ini di Kedah meningkatkan lagi rasa tidak puas hati ramai kalangan DUN PR terhadap kepimpinan PAS (Azizan) di Kedah. Keegoan Pas untuk meminta maaf kepada Sultan Kedah dalam isu penghinaan dalam persidangan DUN, kegagalan menangani permasalahan asas "AIR" dan kerumitan menguruskan pelaburan berskala tinggi seperti di Kulim Hi-Tech membuatkan segelintir ADUN PR yang sayangkan Kedah dan rakyat mula melihat BEBAS/BN adalah Alternatif yang terbaik untuk mengajar Pas Kedah.
Jika bukan dari selatan Kedah, jika bukan dari sekitar Sungai Petani yang pesat membangun dibawah BN dahulu, mungkin dari kawasan SELAMAT Pas.

Monday, April 26, 2010

Pas HINA Sultan Kedah



Wabak gila dari Perak dah berjangkit ke Kedah. Mungkin kerana takut menjadi pembangkang semula, Adun Pas Kubang Rotan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah mengemukakan soalan yang mempertikaikan kuasa Sultan. Itulah natijahnya bila mabuk kuasa dan rasa bongkak sehingga segala-galanya nak tunjuk pandai. Soalan bertulis iaitu Soalan (a) ialah Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat dan (b): Setakat manakah tahap tidak boleh campurtangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh berkenaan mengundang persoalan APAKAH PAKATAN RAKYAT ANTI SULTAN?. Lihat sahaja di Perak, Selangor dan kini Kedah, semuanya engkar dan derhaka secara terang-terangan.
Mungkin masanya dah semakin hampir untuk Ustaz Azizan surrender dengan elok. Pakteh faham, Azizan bukannya nak pun kerusi MB tapi terpaksa, itulah natijahnya sehingga soalan yang begitu besar kesannya boleh terlepas pandang oleh speaker.

kata pakteh: Selepas hang jebat, hang Nizar, kini Hang Azizan plak nak derhaka....


ni blog dia,,, http://betoika.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment