Pages

Friday, May 14, 2010

Badminton malaysia bungkuih,,,

Impian Malaysia musnah


Chong Wei gagal menyumbang mata pertama negara apabila tewas kepada Lin Dan 17-21, 8-21 semalam.


IMPIAN seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan skuad badminton negara kembali menjulang Piala Thomas musnah.

Semuanya gara-gara kekalahan memalukan kepada juara bertahan, China pada saingan separuh akhir semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil itu, skuad negara terpaksa akur dengan kekuatan China apabila tewas mudah 0-3.

Kini, rakyat Malaysia terpaksa menunggu dua tahun lagi bagi mengula- ngi kegemilangan yang dicapai pada tahun 1992 ketika skuad negara muncul juara dengan menewaskan Indonesia 3-2 yang turut berlangsung di Kuala Lumpur.

Kehadiran ribuan penyokong Malaysia di Stadium Putra semalam masih belum cukup untuk membantu skuad negara menewaskan China.

Perkara itu diakui sendiri oleh ketua jurulatih perseorangan negara, Ra- shid Sidek yang menganggap China sememangnya sebuah pasukan yang begitu konsisten dan sukar untuk ditewaskan.

"Tidak dinafikan, kita kalah di tangan pasukan yang lebih hebat seperti China dan mereka memiliki pemain-pemain yang lebih berkualiti dan seimbang.

"Pemain-pemain telah mencuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik, namun persediaan yang dilakukan China bagi menghadapi Piala Thomas kali ini lebih baik dan nampak sempurna dari setiap aspek.

"Semua pergerakan yang dilakukan oleh pemain-pemain negara dapat dibaca oleh China dan saya merasakan mereka memang mahu menang perlawanan tersebut."

Harapan yang disandarkan kepada jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei bagi menyumbang mata pertama tidak kesampaian apabila pemain No. 1 dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan bintang sensasi China, Lin Dan yang mencatatkan kemenangan straight set 21-17, 21-8.

No comments:

Post a Comment