Saturday, May 8, 2010

Klau umno buat lagi,,, memang dia pelaq la,,,

Betulkah Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah akan jatuh?


Aku langsung tak heran kalau betui Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah bakal jatuh. Pasainya keadaan di DUN Kedah la ni Pakatan Rakyat cuma lebih 2 Adun saja, memang sebelum-sebelum ni pun Umno BN memang dah yakin depa boleh rampas balik Kedah.

Sebelum ni pun, katanya yang menggagalkan impian Radhi Lunah nak 'hadiah'kan Kedah kepada Umno pun pasai Adun Bakar Arang tak setuju nak lompat sekali dengan dia,bila bekas Exco tu dah lompat keluar PKR pelung tu Umno yakin dah jadi cerah balik.

Dengar khabar anginnya, Ust Azizan pun dah bersedia nak bubarkan DUN bila-bila masa kalau dia dapat 'hint' ada Adun yang nak melompat. Entah betui ka dak, Sultan Kedah pun setuju kalau Ust Azizan mengadap mintak bubar DUN.


Malausian Insider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 7 Mei — Barisan Nasional (BN) Kedah membayangkan mempunyai peluang cerah untuk melihat beberapa Adun Pakatan Rakyat akan keluar parti komponennya, sekali gus mengubah landskap pentadbiran negeri semasa.
Sehubungan itu, Umno salah satu komponen BN meramalkan sama ada Kedah akan berubah tangan ataupun sekurang-kurangnya membawa kepada pilihan raya umum negeri yang baru.
Umno melihat kemungkinan tersebut berdasarkan perbezaan empat kerusi DUN antara Pakatan Rakyat dan BN yang mendakwa menerima sokongan wakil rakyat Bebas.
Awal tahun lalu kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat tumbang selepas tiga adun - masing-masing dua dari PKR dan satu wakil rakyat DAP keluar parti dan menjadi Adun Bebas mesra BN.
“Saya lihat ada peluang (untuk beberapa Adun Pakatan) keluar parti... saya melihat kemungkinan itu kerana sudah ada yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti mereka,” kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Nawawi juga berkata, pihaknya mempunyai maklumat beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat juga tidak berpuas hati dengan parti masing-masing buat masa sekarang.
Percaturan Umno-BN ialah antara dua hingga tiga Adun kemungkinan keluar.
Bagaimanapun Nawawi enggan menyebut nama Adun yang berpotensi untuk keluar Pakatan Rakyat itu.
“Jika dua wakil rakyat parti (komponen Pakatan) keluar bermakna keseimbangan anggota di DUN iaitu 18:18... sama di pihak Pakatan dan juga BN, jika ini berlaku kerajaan negeri tidak boleh berfungsi, dan pilihan raya umum negeri perlu diadakan, tiada pilihan.
“Jika tiga wakil rakyat keluar dari Pakatan, kami akan ada sokongan lebih satu kerusi iaitu 19:17. Dalam keadaan ini, BN boleh mengambil alih kerajaan, seperti yang berlaku di Perak,” katanya lagi.
Akhir bulan lalu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) berkata, beliau tidak khuatir jika masih ada Adun daripada Pakatan Rakyat bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu.
Sebaliknya, beliau telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan DUN jika ia benar-benar berlaku.
“Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim,” katanya. - Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment