Pages

Friday, May 7, 2010

Lagi polis tembak org,,, musim dah kot,,,

Lagi dakwa mangsa tembakan polis, saman RM2j


Seorang lagi mangsa yang mendakwa ditembak oleh polis, Siti Nasrinda Sumirin, hari ini tampil membuat pendedahan yang dia ditembak di Klang pada Ogos tahun lalu.

Siti Nusrinda , 23 tahun yang cedera di bahagian pinggang mengemukakan saman RM1 juta ke atas polis dan kerajaan berhubung kecederaan yang dialaminya serta mendakwa polis gagal bertindak dalam kesnya itu.

Sebutir lagi peluru mengenai tudungnya.

Dia juga mengemukakan saman RM1 juta lagi kerana mendakwa reputasinya terjejas berikutan kejadian berkenaan.

Selain itu, Siti Nusrinda juga menuntut agar anggota polis yang menembaknya dan tunangnya menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat selama dua tahun.

Katanya, tindakan itu sebagai pengajaran kepada anggota polis yang berpangkat koporal dan konstabel itu supaya tidak lagi mengulangi kesilapan mereka.


Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh peguamnya, M Manoharan, yang juga ahli dewan undangan negeri Kota Alam Shah.

Dalam tuntutannya, Ketua Polis Daerah Klang, Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Negara, dua anggota polis itu dan kerajaan dinamakan sebagai defendan.

Selain menuntut pampasan RM1 juta, tunangnya yang kini suaminya yang tidak cedera pada kejadian itu juga menuntut bayaran RM500,000.

4 comments:

  1. kenapa dia kene tembak ?
    apa sebabnya ekk

    ReplyDelete
  2. salam ziarah.

    kena tembak di bahagian pinggang berisiko lumpuh. bahayanya nak keluar rumah!

    Jom komen lut cahaya! :)

    ReplyDelete
  3. biasa la...kt malaysia mmg mcm ni...

    1 kes xcdnt...berturut2 kes xcdnt..

    1 kes buang anak...ha..mula la bersusun kes buang anak...

    malaysia ni dh tk aman dh...polis pun tk boleh nk dipercaya...huhu

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    HARI YANG CERIA

    ReplyDelete