Pages

Tuesday, May 11, 2010

pilihan Raya Sibu: DAP Akan Terus Guna Isu Kalimah Allah SIBU,

DAP akan terus menggunakan isu berkaitan kalimah 'Allah' semasa berkempen dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu, mengingkari amaran polis kepada semua parti politik bahawa pesalah boleh didakwa mengikut Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Calon DAP bagi pilihan raya kecil itu, Wong Ho Leng berkata amaran polis tidak akan menghalang beliau dan pemimpin pakatan pembangkang yang lain (PKR-DAP-PAS-SNAP) daripada menyampaikan apa yang beliau istilahkan sebagai "kebenaran" kepada pengundi dalam kawasan pilihan raya itu.

Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata penggunaan kalimah "Allah" tidak pernah menjadi isu di Sarawak.

"Pengunjung gereja adalah mereka yang seringkali melakukan perkara yang baik. Tolong jangan heret soal agama dalam perkara ini," katanya kepada pemberita di sini.

Selanjutnya, kata Chan, memang telah menjadi amalan di Sarawak apabila sekiranya pihak gereja memohon untuk mendapatkan tanah, kerajaan negeri akan memenuhi permohonan mereka itu.

"Begitu juga sekiranya mereka tidak mempunyai cukup dana untuk membina gereja, kerajaan akan membantu membiayainya.

"Perkara ini memang menjadi amalan di sini selama ini. Ia sama sekali bukanlah satu isu di sini. Marilah kita hidup dalam aman dan harmoni. Jangan bawa budaya membangkitkan isu agama di sini," katanya.

Oleh itu, Chan berharap majoriti pengundi di Sibu, terutamanya daripada kalangan masyarakat Cina, akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus memimpin negara dengan agenda pembaharuan serta gagasan 1Malaysia yang diperkenalkannya.

"1Malaysia adalah mesej yang sangat kukuh. Saya harap mesej ini diterima baik oleh masyarakat Cina di sini. Kita mesti menunjukkan bahawa kita menyokong 1Malaysia, bukan dengan cara lain. Inilah satu-satu saja caranya, kita mesti menyokongnya," katanya.

No comments:

Post a Comment