Pages

Thursday, May 6, 2010

selalu dah jadi mcm ni,,sekarang rita rudani plak,,

Rita, suami didenda kahwin di luar kariah


RITA berbincang sesuatu dengan Aidil Zafuan di luar bangunan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini dan suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan masing-masing didenda RM500 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam setelah mengaku berkahwin di luar kariah dua tahun lalu.

Pasangan itu bakal berdepan hukuman penjara 15 hari jika gagal membayar denda berkenaan.

Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin menjatuhkan hukuman tersebut mengikut Seksyen 40 (2) Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 selepas pasangan itu bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di wilayah Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008.

2 comments:

  1. sng2 kahwin je cara betul ikut prosedur kan.
    x perlu kena denda bagai.

    ReplyDelete
  2. Biasalaa tu... nak kawin express laa katakan..
    sendiri mau ingat :p

    ReplyDelete