Sunday, May 13, 2012
UMNO guna harta Kerajaan untut angkut ahlinya ke perhimpunan.. korang reda tak?
Inilah budaya UMNO.. Harta Kerajaan dianggap sebagai harta mak bapak mereka, baik pemimpin mahupun ahli-ahlinya.. Bagi mereka harta kerajaan itu harta UMNO oleh itu mereka boleh memperkudakannya sesuka hati mereka.
Bagi meramaikan hadirin diprogram sambutan ulangtahun UMNO di Kuala Lumpur, pihak UMNO negeri Terengganu dilaporkan telah mengguna kenderaan milik Kerajaan Negeri bagi mengangkut ahli UMNO keprogram itu..
Tanpa memperdulikan bahawa sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dimana dalam kerajaan itu perlu ada Pemerintah dan juga Pembangkang.. mereka menganggap apa saja harta milik kerajaan itu boleh digunakan mereka sesuka hati.
Apabila mereka menggunakan harta kerajaan iaitu kenderaan yang digunakan untuk mengangkut Ahli mereka ke perhimpunan itu sudah tentu segala kos pengangkutan termasuk minyak, tol, gaji pemandu dan juga penyelenggaraan kenderaan itu ditanggung oleh kerajaan yang dibentuk oleh pemerintah dan pembangkang.
Adakah mereka pernah mempertimbangkan samada perbuatan mereka itu diredhai oleh rakyat yang menyokong pembangkang?
*****************************************
KUALA TERENGGANU - Umno negeri Terengganu telah menyalahgunakan berpuluh-puluh kenderaan kerajaan negeri Terengganu bagi mengangkut para peserta ke program sambutan ulangtahun 66 tahun penubuhan parti itu semalam di ibu negara Kuala Lumpur.
Ahli Jawatankauasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr AzmanIbrahim kesal dengan tindakan parti itu yang sewenang-wenangnya menggunakan harta rakyat seolah-olah harta tersebut milik Umno.
Menurutnya, antara kenderaan tersebut adalah bas Jabatan hal Ehwal Agama Terengganu digunakan untuk mengangkut peserta yang terdiri daripada kalangan Pemuda Umno Batu Rakit.
Katanya, tindakan tersebut menunjukkan Exco Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan parti.
“Exco agama salah guna harta kerajaan, demi mencapai hasrat kononnya menghimpunkan 100,000 manusia di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan 66 tahun Umno semalam,
“Adun Batu Rakit (itu) menyalahgunakan bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk mengangkut pemuda-pemuda dari kawasan yang diwakilinya”ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.
Beliau yang juga Naib Yang DiPertua PAS Setiu berkata, Khazan yang juga pimpinan Umno Setiu sebagaimana biasa menyalah gunakan harta kerajaan.
Beliau berkata, bas tersebut telah dikesan di sekitar Pusat Dagagan Dunia Putra (Putra World Trade Centre – PWTC) pada Jumaat 11 Mei.
Menurutnya, perkara yang sama turut dikesan di beberapa buah hotel disekitar ibu Negara dimana beliau mendapati banyak kenderaan-kenderaan milik beberapa Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu yang disalahgunakan.
Justeru beliau menggesa kerajaan mendedahkan kepada rakyat kaedah dan peruntukan mana yang membolehkan kenderaan kerajaan boleh dimanipulasi untuk meramaikan manusia ke program Umno.
Katanya, Umno juga perlu memperincikan sumber pendapatan mana yang digunakan menyewa beratus-ratus bas swasta bagi tujuan yang sama.
Friday, April 27, 2012
Adakah SPR tidak sedar telah khianati negara?

KUALA LUMPUR: Jika pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ingat dan tidak tahu mereka menjadi ahli Umno, tentu mereka juga tidak tahu sama ada mereka terlibat atau tidak dalam konspirasi mengkhianati negara.
Demikian kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mengulas laporan pemimpin kanan SPR adalah ahli Umno.
"(Pengerusi SPR), Tan Sri Abdul Aziz (Mohd Yusof) dan (timbalannya) Datuk Wan Ahmad (Wan Omar) kata mereka tidak ingat dan tidak tahu mereka menjadi ahli Umno.
"Jika hal yang sangat mudah seperti itu pun tidak tahu dan tidak ingat, tentulah mereka tidak ingat dan tidak tahu sama ada mereka terlibat atau tidak di dalam konspirasi sulit mengkhianati negara dan Yang di-Pertuan Agong dengan membawa warga asing menjadi pengundi haram di negara ini," kata beliau.
Mahfuz juga menuntut kedua-duanya meletak jawatan dengan serta merta kerana pengakuan mereka itu menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk memegang jawatan mereka kini.
"Mereka tidak sedar mereka menjadi ahli Umno. Kalau hal diri sendiri pun tak sedar, keupayaan mereka untuk menyedari benda yang besar-besar langsung tidak boleh diharapkan sama sekali.
"Tidak sedar bermakna tidak layak sama sekali. Mereka mesti letak jawatan serta merta kerana jika tidak, negara ini menanggung risiko yang mengerikan kerana orang-orang yang tidak sedar serta tidak ada keupayaan untuk ingat dan tahu itu memegang jawatan yang penting," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz tidak yakin Pengerusi SPR dan timbalannya itu tahu, ingat dan sedar mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang memutuskan terdapat pengundi hantu dalam daftar pemilih ketika membuat keputusan mengenai pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri Likas.
"Dan ketika pelbagai bukti dikemukakan, termasuk yang bertulis dan terang-terangan, tidak boleh dipercayai sama sekali bahawa mereka tahu, ingat dan sedar bahawa di dalam daftar pemilih sekarang masih terdapat pengundi hantu atau warga asing yang menjadi pengundi setelah mendapat mendapat kad pengenalan melalui konspirasi mengkhianati negara.
"Oleh kerana mereka memegang jawatan yang sangat berkait rapat dengan masa depan dan pemerintahan negara, mereka boleh dilihat sangat berbahaya disebabkan sifat tidak sedar, tidak ingat dan tidak tahu itu.
"Sekali lagi saya nyatakan bahawa mereka mesti meletak jawatan," tegasnya.
Ketika ditanya mengenai keahliannya di dalam Umno, Abdul Aziz berkata beliau "tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno".
"Memang saya tidak tahu di mana," katanya lagi.
Wan Ahmad juga berkata beliau tidak ingat bila dan cawangan mana beliau menjadi ahli Umno.
Keahlian mereka di dalam Umno didedahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.
Ahli Parlimen Machang itu juga menuntut Abdul Aziz dan Wan Ahmad meletakkan jawatan mereka di dalam SPR ekoran pengakuan bahawa mereka adalah ahli Umno.
Wednesday, April 25, 2012
Chronicle 2012 DvdRip x264 350MB
![[Image: chronicles.jpg]](http://berdesup.com/wp-content/uploads/chronicles.jpg)
PLOT
Three high school friends gain superpowers after making an incredible discovery. Soon, though, they find their lives spinning out of control and their bond tested as they embrace their darker sides.
INFO
Code:
Genre : Drama | Sci-Fi | Thriller
Rating : 7.4 / 10
Runtime : 84 min
Source : Sparks
Encoder : SAUFI88
IMDb : [url=http://www.imdb.com/title/tt1706593/]:: HERE ::[/url]SCREENSHOT
![[Image: dscYN.jpg]](http://i.imgur.com/dscYN.jpg)
DOWNLOAD
Tuesday, April 24, 2012
JPN Kantoi 2 Kali Dalam 1 Kenyataannya!! (WAJIB SEBAR!!)
Ok lihat kenyataan di atas seperti yang dilaporkan Malaysiakini. JPN
menjelaskan kebimbangan IC yang mempunyai tarikh luput. Malangnya,
rancangan busuk Umno-JPN-SPR-dan sekutu-sekutunya untuk menipu di PRU13 terbongkar!!
1. JPN maklumkan bahawa kad pengenalan tersebut dikeluarkan pada tahun 2001 kerana ketika itu tiada banyak jenis kad seperti hari ini.
PERSOALAN: Tahun 2001 bermakna hayat kad pengenalan seperti gambar di bawah hampir 12 tahun... Cuba lihat kad pengenalan anda semua, bagaimanakah rupanya fizikal kad pengenalan yang telah dikeluarkan lebih 10 tahun dulu?
2. JPN mengesahkan pemegang MyKad itu bukan pengundi berdaftar. Ini bermaksud semua kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput tidak boleh mengundi atau dengan kata lain - tidak mempunyai rekod di SPR
PENDEDAHAN: Lihat lagi satu pendedahan IC bertarikh luput di bawah - Pemegang kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput ini BOLEH MENGUNDI !!!
Inilah sebabnya mengapa kita harus tempuh segala halangan dan dugaan
untuk sampai ke Dataran Merdeka 28 April 2012!! Tidak hairanlah jika TG
Nik Aziz juga sanggup mengatakan kehadiran anda yang cintakan tanahair
ini adalah WAJIB!
Ingatlah... Jika anda terasa berat untuk bersama di Dataran Merdeka
428 nanti hanya kerana kemungkinan berdepan bahaya dan kesakitan yang
sementara, maka kita semua akan selamanya terperangkap dalam
sebesar-besar ketidak-adilan!!
Percayalah negara kita sedang digadai!! Ibu Pertiwi kita sedang
diperkosa oleh gerombolan yang tamak kuasa!! Ayuh semua ke Dataran
Merdeka 284!!! Pastikan Aziz dan SPR LETAK JAWATAN!!!
Ayuh semua... Masanya sudah tiba... 428 satu sejarah !
Ayuh semua... Masanya sudah tiba... 428 satu sejarah !
EDYES REDUAN
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Mahathir kata, yang pandai menyertai PAS, yang bijak menyertai PKR dan yang pintar menyertai DAP : Oleh Aspan Alias
Memang sudah menjadi adat dan
cara hidup semua bangsa dan agama mengenang jasa dan budi orang itu memang menjadi
tuntutan. Hidup tidak mengenang budi ‘ibarat kacang lupakan kulit’. Itulah
perbilangan Melayu yang semua orang tahu. DAN sememangnya orang Melayu
mengenang jasa.
Hanya sekarang politik tidak
dapat membezakan antara siapa yang patut mengenang jasa dan siapa yang telah
memakan jasa. Itulah sekarang menjadi tuntutan Najib apabila beliau melawat Pulau
Pinang dua hari yang lepas. Najib seperti pemimpin UMNO yang lain sentiasa
menuntut orang Melayu dan rakyat untuk mengenangkan jasa UMNO dan
pemimpin-pemimpin besarnya yang telah lalu dan yang sedang berkuasa pada hari
ini.
Katanya kita mesti ingat kepada
jasa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Dr Mahathir Mohamad serta Abdullah Badawi. Mereka ini semuanya
berjasa kepada orang Melayu dan negara, kata Najib. Kata-kata Najib itu ada benarnya tetapi
mengenang jasa itu biarlah bertempat dan kena pada orangnya serta tepat pada
sasaran di mana jasa itu dikenang. Kita tidak boleh mengenangkan jasa kepada
mereka yang tidak berjasa seperti mereka yang telah membinasakan perjuangan dan
tamadun bangsa kita sendiri.
Saya berpendapat Dr Mahatnir sepatutnya mengenang budi parti
yang telah mengangkat beliau ke mercu kekuasaan, tetapi Mahathir menggunakan
kuasa hasil daripada mengenang jasa orang Melayu dengan membinasakan parti itu pada
suatu ketika dahulu. Jasa parti itu
besar kepada beliau tetapi beliau tidak mengenangnya kerana beliau merasakan
ahli-ahli UMNO tidak lagi mahu lagi mengenang jasanya.
Beliau tidak mahu menerima yang
ahli-ahli UMNO sudah keberatan untuk memberikan jasa lagi kepada beliau kerana
sebab-sebab yang kita dengar semasa ramai dari ahli-ahli UMNO mahukan beliau dibersarakan setelah memberikan jasa yang
begitu besar kepada beliau. Justeru beliau telah membiarkan UMNO itu mati
walaupun kuasa yang diberikan rakyat kepada beliau boleh menyelamatkan parti
itu daripada terkubur.
Beliau adalah Perdana Menteri
yang juga Menteri Dalam Negeri semasa itu yang sepatutnya menggunakan kuasa yang
ada kepada beliau mengikut Akta Pertubuhan
1965 sek 70 yang membolehkan beliau menggunakan kuasa itu untuk menghidupkan
mana-mana pertubuhan yang diharamkan oleh mahkamah. Beliau enggan menggunakan
akta itu kerana beliau mahukan UMNO itu mati terus dan menggantikannya dengan parti
baru yang menggunakan nama ‘UMNO’ yang keramat itu.
Maka wujudlah satu parti yang
meminjam nama UMNO yang telah terkubur itu. Apa yang hendak diterima kasihkan
kepada pemimpin-pemimpin seperti ini? Kenapa hendak memaksa orang ramai
khususnya orang Melayu yang berjiwa tulen dalam perjuangan mereka untuk
mengenang ‘jasa’ yang seperti ini? Inikah dia yang dinamakan jasa?
Selepas dan bermula dari saat itu
kita tidak lagi mempunyai pemimpin-pemimpin yang jujur untuk perjuangan selain
daripada memperjuangkan untuk mengisi perut dan keluarga masing-masing.
Pemimpin-pemimpin berkomplot sesama sendiri untuk naik takhta kepimpinan dan melakukan
perkara-perkara yang menjadi persoalan kepada rakyat. Masalahnya rakyat begitu
perlahan untuk sedar tentang perlakuan yang telah merosakkan keseluruhan
‘fabric’ politik orang Melayu khususnya dan rakyat amnya. Hanya sekarang baru ramai rakyat telah sedar dan
mereka memulakan langkah untuk bertindak melawan arus yang deras ini.
Dalam keadaan inilah Najib dan
barisan pimpinan mundar-mandir untuk memujuk kembali rakyat menyokong mereka.
Najib telah menjanjikan bulan dan bintang, tetapi kita sedar yang apa yang
dijanjikan oleh UMNO sejak 54 tahun yang lalu masih menjadi janji dan isu pada
masa ini.
Janji untuk memajukan kaum Melayu
tidak pernah tercapai walaupun setiap pilihanraya isu memajukan orang Melayu
menjadi bahan kempen pihak BN dan UMNO. Tiada UMNO Melayu akan mati, kata
mereka. Tetapi Melayu wujud sebelum UMNO wujud lebih-lebih lagi kewujudan UMNO
baru yang lebih muda dari anak bongsu saya. Bagaimana Melayu hendak memberikan
keyakinan jika masa lima
dekad tidak mampu untuk menambah equiti bumiputra misalnya.
UMNO hanya melalui kegiatan siasahnya
dengan slogan besar-besar tetapi tidak ada pun satu daripada slogan yang
diwarwarkan itu membuahkan hasilnya. Semasa slogan Bersih, Cekap dan Amanah
dahulu tiada satu yang bersih, tiada nampak kecekapannya dan jauh sekali ada
sifat amanah kepada bangsa Melayu kita. Malahan zaman itulah rasuah mula
menjadi-jadi dan masa itu jugalah bermulanya berlakunya noda-noda berlaku
terhadap politik dan ekonomi negara.
Kata orang, keruh air di hulu
keruhlah air di hilir. Kekalutan zaman inilah yang menyebabkan kita mendapat
warisan yang kita lihat pada hari ini. Kekalutan yang begitu parah yang rakyat
hadapi hari ini tidak mungkin bermula pada zaman Pak Lah. Ianya bermula
setidak-tidaknya 20 tahun sebelum kekalutan itu sampai ke tahap hari ini. Tidak
adil kita letakkan kesalahan itu kepada Pak Lah kerana siapa yang melantik Pak
Lah itu wajib bertanggungjawab bersama-sama.
Apa yang hendak kita katakan lagi
jika Mahathir sendiri berkata, yang pandai menyertai PAS, yang cerdik menyertai
PKR dan yang pintar menyertai DAP. Kata-kata itu bukannya datang daripada
pemimpin-pemimpin dalam komponen PR tetapi dari mulut Dr Mahathir sendiri.
Kalau begitu kata Mahathir, yang bodoh itu menyertai parti apa?
BEKAS PEGAWAI TINGGI POLIS, RAMLI YUSOF MASUK PAS
ALHAMDULILLAH......BEKAS PEGAWAI TINGGI POLIS, RAMLI YUSOF MASUK PAS?
Bekas
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial(JSJK), Dato Ramli Yusuff
menyertai PAS dan kemungkinan besar menjadi calon PAS pada PRU 13 nanti.
Perkara
ini tidak mustahil malah menurut beberapa pimpinan PAS Pusat Dato Ramli
telah bersetuju dengan bertanding atas tiket PAS pada PRU 13 nanti
Subscribe to:
Posts (Atom)






