KETURUNAN SULTAN JOHOR
Keturunan Bendahara
DYMM Paduka Sri Sultan Al-Haj Sir Ibrahim al-Mashur ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar
johor-Ibrahim
DYMM Paduka Sri Sultan Sir Ismail al-Khalidi ibni al-Marhum Sultan Sir Ibrahim
johor-Ismail
DYMM Paduka Sri Sultan Mahmud Iskandar al-Haj ibni al-Marhum Sultan Sir Ismail
johor-Mahmud
Keluarga di raja johor adalah mereka yang memerintang negeri johor dan jajahannya,Diketuai oleh Baginda Sultan Johor , Permaisuri johor pula di panggul Sultanah johor ,Sultan johor yang bertakhta sekarang ialah DYMM Sultan Iskandar al-Haj Almarhum Sultan Ismail . Baginda adalah sultan johor yang ke 22 dan ke 4 sultan johor moden . Baginda di tabal semenjak tahun 1981.
Sultanah of Johor
Sultanah johor adalah DYMM Sultanah Hajah Zanariah Ibni Almarhum Tengku Panglima Perang Ahmad.
SEJARAH .
Sultanah johor adalah dari asal usul keluarga sultan melaka .Sultan johor dahulunya telah menjadi pemerintah negeri sembilan , pahang , dan riau . Johor telah di jumpai oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II ,baginda adalah anakanda kepada Sultan Mahmud Syah sultan melaka , Ini yang menyebabkan kesultanan johor adalah yang paling tertua di malaysia.
Sultan johor adalah ketua kerajaan johor , Baginda mempunyai kuasa melantik menteri besar .ahli dewan undangan negeri dan kuasa memerintah darurat adalah kuasa baginda.
Sesuatu yang istimewa tentang Kesultanan johor ialah sultan johor telah memerintang 3 keturunan , kesultanan melaka , bendahara dan temenggung . Kesultanan johor juga satu-satu nya negeri di malaysia yang mempunyai angkatan tenteranya sendiri,itu yang membuat sultan johor berbeza dengan sultan-sultan lain di malaysia. Angkatan tentera johor di panggil ( Askar Timbalan Setia Negeri ) dan sekarang telah di jadikan askar peribadi sultan johor.
Protokol dan peraturan diraja johor berbeza dengan kesultanan lain di malaysia.gaya dan tatacaranya berlainan dengan kesultanan melayu. ia lebih kepada protokol dan cara negara orang putih , Jika anda melihat foto sultan ,pakaian rasmi baginda sultan dan sultanah berbeza dengan sultan lain di malaysia. pernahkah kita nampak sultan johor berpakaian melayu bersampin dan bersongkit serta bertengkolok. Cara baginda dan keluarga di raja johor berpakian lebih moden dari sultan-sultan lain di malaysia.
Sesuatu yang istimewa dan menjadi sebutan ramai sekarang ialah Idea Tengku Mahkota Johor melawai dan menziarahi rakyat setiap tahun .atau lebih di kebnali sebagai ( Kembara Mahkota Johor ) Tengku mahkota akan melawat kawasan-kawasan terpencil samaada dengan motosikal ,kereta atau bot .
Lambang .
benderasultanjohor
Bendera Kebawah Duli Sultan Johor
BenderaSultanahjohor
Bendera kebawah duli sultanah johor
benderatunkumahkotajohor
Bendera Yang Teramat Mulia Tengku mahkota Johor
Keluarga di raja Johor
Sultan Iskandar telah berkahwin dua kali . yang pertama ialah puan Josephine Trevorrow atau lebih di kenali sebagai ( Cik Kalthom ) dan yang kedua ialah Sultanah Zanariah .Baginda tuanku mempunyai 2 orang putra dan 8 puteri.
( Dengan Cik Kalthom )
1. Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah (1956)
2. Tunku Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah (1957)
3. Tunku Ibrahim Ismail (1958)
4. Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (1960)
( Dengan Sultanah Zanariah)
1. Tunku Mariam Zahrah (1962)
2. Tunku Norani Fatimah (1963)
3. Tunku Maimunah Ismailiah (1967)
4. Tunku Abdul Majid Idris (1970)
5. Tunku Muna Najiah (1973)
6. Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahira Iskandariah (1979)
Tengku Mahkota Johor Tengku Ibrahim Ismail telah berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah Binti Sultan Idris Shah .hasil perkahwinan baginda berdua di kurniakan anak 5 putra dan 1 puteri.
Tengku Ismail Idris ( 1984 ) Tengku Aminah ( 1986 ) Tengku Idris Iskandar ( 1987 ) Tengku Abdul Jalil Iskandar ( 1990 ) Tengku Abdul Rahman ( 1993 ) Tengku Abu Bakar Iman ( 2001 )
Tengku Abdul Majid Idris pula telah berumahtangga dengan Tengku Teh Mazni binti Tuanku Yusuf . dan mereka di kurniakan seorang anak iaitu Tengku Mahmood Iskandar ( 2006 )
Istana .
Istana kebawah duli Sultan johor terletak di johor Bahru . dan di panggil Istana Bukit Sereen terletak di atas bukit sereen. Sebelum itu istana sultan johor ialah Istana Besar Johor Bahru .tetapi sekarang Istana Besar telah di jadikan muzium kesultanan johor.
Kesultanan johor mengunapakai undang-undang salic , maknanya hanya anak lelaki yang layak menaiki takhta mengikut susunan.dan di beri gelaran Tengku Mahkota .dan mesti dari asal usul keturunan Sultan johor moden Sultan Abu Bakar.
RMJ coronarion.2
Susunan anak cucu tuanku sultan johor bergelar ..
1. Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar al-Haj, (Tunku Mahkota Johor)
2. Tunku Ismail Idris bin Tunku Ibrahim Ismail, (Raja Muda Johor)
3. Tunku Idris Iskandar bin Tunku Ibrahim Ismail
4. Tunku Abdul Jalil Iskandar bin Tunku Ibrahim Ismail
5. Tunku Abdul Rahman bin Tunku Ibrahim Ismail
6. Tunku Abu Bakar Iman bin Tunku Ibrahim Ismail
7. Tunku Abdul Majid Idris ibni Sultan Iskandar al-Haj, (Tunku Bendahara Johor)
8. Tunku Mahmood Iskandar bin Tunku Abdul Majid
9. Tunku Abu Bakar ibni alMarhum Tunku Bendahara ‘Abdu’l Rahman ibni almarhum Sultan Ismail
10. Tunku ‘Abdu’l Rahman [Alman] Burhan ud-din bin Tunku Abu Bakar
Friday, January 22, 2010
Politik & Isu Semasa | Cikgu ,jangan isi minyak Petronas-Sebab Petronas Tak Bagi Royalti
Politik & Isu SemasaOleh CIkgu Din
Cikgu tak payah isi minyak dengan minyak pertronas. Petronas tak bagi royalti kepada Kelantan. Dulu Petronas buat dengan Terengganu. Kini guna kecelaruan bahasa "wang ihsan". Itulah kata-kata yang sering berlegar kepada kita, jika kita mahu mengisi minyak kereta . Sudah lama juga kita mengisi minyak dengan jenama lain.
Kalau syarikat negara sendiri tidak tolong anak bangsa,kenapa kita perlu menolong syarikat minyak negara itu.
Sekarang kita baca pandangan Tun Salleh Abas tentang isu royalti minyak.
Menteri dan mana-mana ahli politik terutama dari Umno yang tidak mahir tentang undang-undang pembangunan petroleum dinasihatkan supaya menutup mulut kerana ia boleh mengelirukan rakyat berkaitan pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri dan pusat khususnya dalam tuntutan Kelantan sekarang.
Sehubungan itu, bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abas menyarankan kepada mereka yang tidak terlibat dalam bidang perundangan supaya berhenti bercakap hal tuntutan royalti yang dibuat kerajaan Kelantan kerana rakyat bukannya bodoh.
"Lagi banyak mereka bercakap hal ini, makin jelaslah kedangkalan mereka terhadap undang-undang negara ini," katanya.
Oleh itu tegas beliau, dari segi undang-undang, rakyat kini seolah-olah dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang berfikiran sempit tentang selok-belok perundangan dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dan Terengganu.
Beliau berkata isu yang ada kini berkaitan hak sesebuah negeri dalam menuntut royalti dari Petronas, bukannya dari kerajaan pusat.
"Orang ramai mesti faham perkara ini. Sekali lagi saya tegaskan, bukanya dari kerajaan pusat.
"Kerajaan pusat juga mendapat royalti dari Petronas," kata beliau ketika ditemui Oleh Malaysian Insider di kediamannya di sini.
Timbulnya penafian hak oleh kerajaan pusat terhadap Terengganu dan Kelantan dalam isu tersebut, beliau berkata adalah kerana terdapat unsur politik, lantaran dendam kesumat pemimpin Umno terhadap PAS.
Salleh merujuk sejarah pembayaran royalti minyak kepada Terengganu sebanyak lima peratus, yang dibayar dua kali setahun semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Namun kata beliau, hak itu disekat selepas berlaku peralihan kuasa kerajaan negeri kepada PAS pada 1999. Terengganu dikuasai PAS pada 1999 manakala Kelantan diambil alih oleh PAS sejak 1990.
Salleh antara individu terlibat langsung dengan penubuhan Petroliam Nasional Berhad pada 1974 yang terikat dengan Akta Pembangunan Petroliam 1974 amat memahami matlamat awal penubuhannnya terlalu kecewa terhadap kesulitan yang sedang berlaku sekarang ini. "Ia tidak lain semata-mata kerana hati busuk sesetengah pemimpin Umno. Dulu Terengganu. Sekarang Kelantan pula dinafikan haknya," katanya.
Mengulas lanjut, isu tuntutan royalti minyak kini dicemari pelbagai tafsiran tidak jelas dari mereka yang tidak mahir dengan undang-undang kerana politik telah mengatasi kepentingan rakyat.
Tegasnya, bab undang-undang perlu ditelaah secara mendalam oleh ahli politik sekiranya perkara itu ingin dicanangkan kepada rakyat bukannya bercakap berdasarkan kepentingan politik peribadi kerana semata-mata ingin menonjolkan diri di mata ketua.
"Saya amat berharap kepada Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas akan membuat penjelasan yang sebaik mungkin demi kebaikan rakyat terhadap hak sebenar dalam menuntut royalti minyak ini," katanya.
Tengku Razaleigh dijadual memberi penerangan berhubung perkara berkaitan itu di Stadium Sultan Mohd IV di Kota Baru pada 28 Jan ini.
Ditanya beberapa kerat pemimpin Umno Kelantan cuba menjadi hero menafikan hak itu, Saleh berkata, "itulah sifat rakyat yang cuba derhaka pada negeri sendiri."
Menurutnya situasi begitu tidak menjadi satu perkara yang menghairankan jika tentangan itu datangnya daripada rakyat negeri lain.
"Kalau itu boleh dikira sebagai hasad dengki tetapi kalau dari rakyat negeri sendiri, susahlah nak kata apa pada mereka ini," ujarnya.
Sebelum ini dua rakyat kelahiran Kelantan dalam jemaah iaitu Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Dr Awang Adek Husein dilabel sebagai tidak ‘cakna’ terhadap kepentingan rakyat negeri sendiri apabila mengambil langkah cuba menolak hak royalti Kelantan sebaliknya terus mempertahan pemberian wang ihsan.
Pemberian wang ihsan kepada Kelantan diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu sebagai ganti royalti dan ia akan dibayar tahun ini.
Ketika diminta mengulas cabaran pemimpin Umno agar isu tersebut dibawa ke mahkamah beliau berpendapat langkah itu adalah pilihan terakhir selepas gagal menemukan titik penyelesaian melalui perundingan.
"Kalau kita tengok kes Terengganu, kes sama lah tu, hingga sekarang masih belum selesai," katanya.
Menyentuh mengenai pembayaran wang ihsan, Salleh menambah, ia wujud setelah Kelantan membuat tuntutan Royalti.
"Kenapa dulu tidak diberi wang ihsan itu?" soalnya.
"Apa-apa pun yang penting sekarang ini kita semua perlu kembali kepada undang-undang yang dibuat. Khususnya yang berkaitan dengan hak sesebuah negeri terhadap hasil mahsul mereka.
"Dan sesungguhnya itu lah hasrat sebenar penubuhan Petronas," katanya sambil menyifatkan selagi politik keperibadian menguasai nafsu individu, selagi itu hal ini akan berpanjangan.

Elakkan sebarang spekulasi dan bertenang dengan pembakaran dua buah surau di Mua
Kenyataan Media Oleh KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Sejak 8 Januari 2010 yang lalu telah berlakunya kebakaran yang melibatkan rumah ibadat yang kebanyakkannya melibatkan gereja yang dipercayai berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengetepikan larangan kerajaan ke atas bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God'.
Di Johor pula, sebuah gereja Katholik St Elizabeth di Jalan Kota Kecil, di Kota Tinggi, Johor dilempar cat merah pada 14 Januari 2010 yang lalu dan ia adalah merupakan kejadian vandelisme pertama dilakukan terhadap rumah ibadah di Johor. Namun, kini dua buah surau pula yang menjadi sasaran untuk dirosakkan dan dimusnahkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
Kedua-dua surau tersebut adalah Surau Silaturahim dan Surau Kampung Parit Beting terletak di dalam Parlimen Bakri dpercayai telah dibakar dengan menggunakan minyak tanah dalam dua kejadian berasingan berlaku di mana jarak kedua-dua surau tersebut kira-kira dua kilometer. Difahamkan bahawa kedua-dua surau itu hanya mengalami kerosakan kecil membabitkan langsir, permaidani dan cermin, selain kesan terbakar di pintu surau.
Saya melahirkan rasa kesal di atas perkara yang telah berlaku ini memandangkan surau adalah merupakan rumah ibadat bagi umat Islam dan kejadian membakar surau ini akan menyebabkan keresahan di kalangan masyarakat awam.
Dalam menghadapi perkara ini, saya berharap agar semua pihak dapat bertenang dan elakkan daripada mewujudkan sebarang spekulasi berhubung kejadian kebakaran dua surau ini dan serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci.
Melalui laporan media, saya difahamkan bahawa Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman menyatakan bahawa melalui siasatan awal pihak polis tidak menolak kedua-dua kebakaran itu dilakukan oleh pihak yang sama berikutan taktik yang sama dan berlaku di kawasan hanya terletak antara jarak kira-kira dua kilometer.
Difahamkan juga bahawa sejak kes pertama pembakaran gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 8 Januari lalu pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu. Justeru saya meletakkan kepercayaan kepada pihak polis untuk menyelesaikan perkara ini dengan segera dan membawa mereka yang terlibat kemuka pengadilan.
Sekian
PEMUDA PENGGERAK PERJUANGAN
Yang benar,
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Sultan Iskandar: Raja yang tegas, adil
Sultan Johor Sultan Iskandar, yang mangkat malam Jumaat lalu pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.
Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.
Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.
Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya.
Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan.
Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor.
Sultan Iskandar dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang oleh The National University of Singapore (NUS) pada 12 April 2007 sebagai mengiktiraf peranan baginda dalam kemajuan dan kemakmuran negeri itu serta sumbangan baginda terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.
Pemimpin Singapura dijemput ke istana
Dalam menjaga hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, baginda sering menjemput pemimpin Singapura ke Istana Bukit Serene di Johor Baharu semasa sambutan Hari Raya.
Sultan Iskandar, yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989, diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932 merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
Menggemari permainan polo, papan layar, golf dan memburu, baginda merupakan uruterbang bertauliah dan pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Baginda merupakan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang diasaskan dan ditubuhkan oleh moyang baginda Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1885.
Minat baginda dalam bidang ketenteraan jelas dilihat daripada perwatakan baginda yang sentiasa segak beruniform tentera dan ketegasan baginda dalam soal disiplin.
Sultan Iskandar pernah menyertai batalion kedua Askar Wataniah di Johor Baharu pada 1960 dan berkhidmat dengan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai pegawai dan dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Gerak Khas.
Sebagai Ketua Agama Negeri, baginda sentiasa mengadakan hubungan erat dengan Majlis Agama Negeri atau pentadbiran jabatan berkenaan untuk mengikuti perkembangan dan masalah agama. Baginda sendiri turut menyampaikan khutbah-khutbah Jumaat di masjid-masjid sekitar Johor.
Gemar sukan lasak
Di arena sukan, baginda terkenal sebagai peminat dan ahli sukan dalam pelbagai acara yang mencabar seperti golf, tenis, tinju, luncur layar, ski air, menyelam, berenang, payung terjun, lumba kereta dan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Baginda merupakan seorang juruterbang helikopter dan pesawat ringan yang dikagumi.
Sultan Iskandar yang turut gemar berburu, sering menasihatkan rakyat negerinya agar menceburi sukan menembak kerana baginda percaya sukan itu akan muncul sebagai sukan utama di masa hadapan.
Ketika merasmikan Kejohanan Menembak Sultan Iskandar Challenge Trophy 1997, baginda bertitah sukan itu bukan lagi menjadi aktiviti yang dikhususkan kepada golongan berada tetapi terbuka kepada semua golongan kerana yuran dikenakan oleh kelab menembak adalah kecil.
Hasrat baginda itu kini menjadi kenyataan kerana Malaysia mula muncul sebagai antara negara yang mempunyai penembak terbaik di peringkat antarabangsa.
Dan sehingga kini, Persatuan Penembak Clay Target Johor (JCTSA) terus menganjurkan pertandingan menembak Piala Sultan Iskandar, yang melibatkan penembak tempatan dan luar negara, sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Iskandar.
Selain sukan menembak, baginda turut memberikan sokongan kepada sektor pelancongan dengan seringkali mencemar duli menghadiri Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang yang menjadi venue tetap acara itu.
Titah baginda, penganjuran agenda bertaraf antarabangsa merangkumi acara-acara sukan, rekreasi serta temasya layang-layang dapat memberikan imej antarabangsa kepada Johor dan Malaysia.
Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.
Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.
Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.
Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.
Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden

Sultan Johor mangkat
TERKINI Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.
Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.
Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang esok.
Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering.
Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor unku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah smailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri unku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.
Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.
Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.
Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.
Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.
Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.
Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.
Petang tadi, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.
Manakala pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar petang esok.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merafak takziah kepada kerabat diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar malam ini.
"Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah dan anakanda-anakanda serta kerabat baginda di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi Perdana Menteri ke India selama lima hari sejak Selasa lepas.
Najib berkata: "Baginda Sultan merupakan seorang raja yang amat prihatin terhadap segala perkembangan dalam negerinya dan juga sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.
"Baginda memainkan peranan yang besar dalam pembangunan dan kejayaan negeri Johor dan selalu menekankan betapa pentingnya rakyat Malaysia bersatu padu," kata Perdana Menteri.
Berikutan kemangkatan Sultan Johor, Najib memendekkan lawatannya ke India dan berlepas pulang ke tanah air pada pukul 8.30 malam ini waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang awal pagi esok.
Mengikut jadual, Najib sepatutnya berlepas pulang petang esok.

GIla...
AYAT MERTUA:DIROGOL 10 KALI:KEJAM CILAKA PUNYA JANTAN
KUALA LUMPUR: Hasrat seorang gadis yang juga pelajar sebuah kolej swasta berusia 19 tahun untuk bertemu bakal mentuanya berkubur apabila dia menjadi mangsa pemuas nafsu sekumpulan empat lelaki diketuai teman lelakinya sendiri ketika berkunjung ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Petaling di sini, Selasa lalu.
Lebih menyedihkan, mangsa diperlakukan seperti hamba seks dan diperkosa bergilir-gilir hampir 10 kali dalam tempoh lima jam.
Semuanya bermula kira-kira jam 11 malam apabila mangsa yang berada di rumahnya di sebuah pangsapuri di Jalan Jejaka, Cheras di sini, dihubungi teman lelakinya berusia awal 20-an menjemputnya keluar bersiar-siar.
Menurut sumber, mangsa dan teman lelakinya kemudian singgah makan di Tasik Permaisuri, Cheras.
“Di gerai itu ada tiga lagi lelaki berusia lingkungan 20-an dipercayai kenalan teman lelaki mangsa.
“Teman lelaki mangsa turut memperkenalkan ketiga-tiga kenalannya sebelum mereka menjamu selera bersama,” katanya.
Menurutnya, selesai makan, mangsa dipelawa ke rumah teman lelakinya untuk bertemu bakal ibu dan bapa mentuanya selain menolong mereka memindahkan barang ke rumah baru.
Sumber berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa terkejut apabila mendapati rumah terbabit kosong.
“Mangsa bertanya kepada teman lelakinya ke mana ibu bapanya pergi, tetapi lelaki terbabit mendakwa orang tuanya mungkin sudah ke rumah baru mereka.
“Bagi meyakinkan mangsa, teman lelakinya itu mendakwa akan membawanya ke rumah baru mereka, namun dia perlu memeriksa barangan dalam rumah terlebih dulu,” katanya.
Sumber itu berkata, ketika lelaki terbabit berpura-pura memeriksa barangan dalam rumah berkenaan, tiga rakan yang ditemui di restoran tiba di rumah berkenaan.
Menurut sumber itu, sebaik tiga rakan terbabit memasuki rumah berkenaan, teman lelaki mangsa mula menunjukkan taring apabila cuba menodai mangsa di hadapan rakannya.
Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa segera menampar teman lelakinya itu, namun tindakan berkenaan mengundang padah apabila dia diugut selain dipukul.
Malah, mangsa juga dirogol teman lelakinya biarpun merayu dikasihani manakala tiga rakannya pula bersubahat dengan membantu memegang tangan dan kaki gadis berkenaan.
Sumber berkata, kumpulan terbabit kemudian merogol mangsa secara bergilir-gilir hampir 10 kali.
Mereka kemudian menghantar mangsa ke rumahnya kira-kira jam 7 pagi selepas teman lelakinya mengugut akan mencederakannya jika mendedahkan perkara itu kepada ahli keluarganya atau pihak berkuasa.

Bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan ugutan itu apabila membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan di sini
Artikel ini ditulis oleh pemilik dari BAWEAN TERMENUNG. Artikel ini boleh dipublikasikan ulang di blog manapun selama mencantumkan nama penulis dan link sumber artikel dan hanya digunakan untuk keperluan non-komersil. Serta tidak merubah separuh atau seluruh bagian dari isi.
Surau dibakar bakal dapat RM500 ribu?
Selepas reda sekejap isu bakar gereja, semalam dua buah surau di Muar pula dibakar pada awal pagi.
Dalam kejadian bakar gereja yang pertama di ibu kota, Perdana Menteri Dato Seri Najib yang membuat lawatan ke gerejaMetro Tabernacle Church Taman Malawati mengumumkan bantuan sebanyak RM 500,000 untuk memindahkan gereja berkenaan ke tapak baru.
Bagi saya tindakan bakar gereja dan bakar surau mempunyai agenda yang sama. Membuat khianat untuk mewujudkan suasana panik dan huru hara dalam negara.
Cuma saya berharap kerajaan 1Malaysia tidak bersikap double standard dalam menyalurkan bantuan.
Jika gereja diberi setengah juta maka surau juga boleh mendapat bantuan yang sama. Kalau tak RM setengah juta RM 50 ribu pun ok juga.
Kalau tak boleh juga RM 5 ribu pun boleh untuk tabung surau. Lebih-lebih lagi surau yang dibakar dan dikhianati itu terletak dalam kawasan parlimen Timbalan Perdana Menteri.

Subscribe to:
Posts (Atom)