|
Timbalan Pendaftar K Pavani menetapkan tarikh perbicaraan itu semasa pengurusan kes tersebut hari ini.
Pada 21 Ogos 2008, Jazimin Abdul Jalil, bapa Nurin, kanak-kanak berumur lapan tahun yang dibunuh dengan kejam tiga tahun lalu menamakan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, ketua polis negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam samannya berhubung pernyataan fitnah kononnya dia kehilangan Nurin kerana terlibat dengan "Ah Long".
Jazimin berkata pernyataan seorang defendan dalam artikel di sebuah surat khabar tempatan yang bertajuk "Siasat Ah Long Larikan Nurin", mencemarkan nama baik serta reputasinya, apabila ia membawa maksud beliau (Jazimin) meminjam wang dengan Ah Long dan membahayakan keselamatan keluarganya kerana berurusan dengan Ah Long.
Dalam samannya itu beliau menuntut gantirugi am RM2 juta, gantirugi memburukkan, gantirugi teladan, dan gantirugi atas reputasinya yang tercemar.
Nurin didapati hilang semasa keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, pada 20 Ogos 2007 sebelum mayatnya dijumpai pada 17 September, iaitu 27 hari selepas kehilangannya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment