Pages

Thursday, January 28, 2010

Turun Padang lagi selepas Solat Jumaat hari ini

PKR Cabang Kuala Krau akan mengadakan perjumpaan anggota-anggota parti di Kg Rekoh hari ini. Petugas-petugas parti akan sampai di Kg Rekoh pada jam 3.00 petang dan selepas itu akan menjalankan kerja rumah ke rumah dan satu Majlis Ceramah kepada penduduk Kg Rekoh akan berlangsung jam 5.00 petang ini.
Sdr Ramli Lugan, Sdr Kin Kasim, Sdr Hafez Harun, Sdr Man Kadir dan pimpinan PKR Kuala Krau yang lain akan menyertai rombongan ke Kg Rekoh.
Selesai program kami di kampong Rekoh, saya dan Sdr Man Kadir akan berlepas ke Felda Kota Gelanggi 1 di Jerantut ke rumah Sdr Idris Ali.
200 orang Peneroka Felda Kota Gelanggi 1 sedang resah kerana selama 6 tahun mereka menyerahkan ladang mereka kepada Felda mereka telah menanggung beban hutang dengan Felda mencecah lebih RM100,000.00 walhal ladang mereka mampu mengeluarkan pendapatan melebihi RM360,000.00 didalam tempoh itu. Kenapa mereka menanggung hutang yang begitu tinggi sedangkan kos sara hidup mereka melalui Felda tidak melebihi RM2200.00 sebulan.
Mereka tidak puas hati. Biro Felda PKR Pahang mahu menjadikan ini sebagai satu kes contoh untuk dibawa ke Mahkamah, dan jika berjaya akan menjadi satu petanda untuk puluhan ribu peneroka seluruh Negara untuk mengambil tindakan yang serupa.
Semua peneroka di Felda Kota Gelanggi 1 khasnya dan DUN Pulau Tawar amnya dijemput hadir ke rumah Idris Ali, No. 203 Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut.

No comments:

Post a Comment