Siapa Jual Rahsia Negara, Negara Mana Yang Beli?
- Zahid mesti umumkan Siapakah Petualang ?
KUALA LUMPUR - Rakyat perlu diberi tahu siapakah di dalam Angkatan Tentera Malaysia yang menjual rahsia negara dan negara manakah yang membelinya.
Kes tersebut tidak harus ditutup dengan hanya Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid menyatakan ia telah diselesaikan melalui saluran diplomatik.
Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, rakyat perlu diberi tahu siapa di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjual rahsia penting tersebut.
“Saya membantah kenyataan Menteri Pertahanan. Rakyat perlu diberi tahu siapa di dalam ATM yang menjual rahsiah penting tersebut,
”Adakah mereka yang terlibat hanya berpangkat Prebet atau Sarjan seperti dalam kes kehilangan dan kecurian dua buah enjin Jet F5E?,”soal Mahfuz.
Beliau berkata kejadian yang berlaku kebelakangan ini mendedahkan betapa lemahnya sektor dan institusi pertahanan Negara.
Katanya, ia sangat ketara kerana dalam tempoh dua bulan sahaja, rakyat dikejutkan dengan kecurian dan penjualan dua buah enjin Jet F5E di pasar malam antarabangsa.
“Kecurian enjin Jet, pembocoran serta penjualan rahsia penting negara menyebabkan kehidupan rakyat berada dalam keadaan cemas dan bimbang akan tahap keselamatan dan pertahanan Negara,
”Kebimbangan rakyat ada kewajarannya berasaskan pada tahap integriti institusi keselamatan dan pertahanan negara yang di lihat berada dalam keadaan yang sangat kritikal,
”Apatah lagi negara yang melakukan pengintipan dengan membeli rahsia penting negara sudah tentu mempunyai niat jahat terhadap Malaysia,”tegas Mahfuz dalam kenyataannya yang diedarkan kepada media hari ini 10 Februari,
Menurutnya, berasaskan pada dua kejadian tersebut negara dilihat berada dalam ancaman dari negara luar.
Katanya, dengan rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan yang di miliki oleh negara asing sudah tentu mereka akan bertindak terhadap Malaysia .
”Kalau pun tidak dengan menyerang Malaysia tetapi dengan maklumat rahsia yang mereka ada sudah pun cukup untuk mereka mensabotaj Malaysia .
”Inilah yang menjadikan rakyat gelisah dan merasakan berada dalam keadaan tidak selamat dan terancam,”jelasnya.
Justeru beliau mohon jawapan dan penjelasan segera dari pihak kerajaan khususnya Menteri Pertahanan untuk menyakinkan rakyat dari sebarang kebimbangan dan keresahan.
”Penjelesan dan jawapan segera Menteri Pertahanan sangat penting bagi menjaga tahap integriti ATM,”katanya.
No comments:
Post a Comment