Desas desus yang mengatakan Khairy akan didesak supaya meletakkan jawatan sebagai ketua pemuda UMNO tidaklah boleh dipandang rengan. setidak-tidaknya desas desus ini akan membuatkan rakyat terutama pendukung UMNO memandang Khairy dari perspektif yang agak negatif, atau dengan kata lain Khairy sudah hilang sengat dalam pemuda UMNO.
Mungkinkah sinar politik Khairy akan semakin menyerlah? Atau apakah sinar politik beliau semakin menghilang? Pada penulis, Khairy semakin terasing dalam pentas UMNO. Biasalah, dalam politik Malaysia ini dimana ada gula disitulah semut menghurung. Sejarah pertembungan Suhaimi Kamarudin dan Anwar Ibrahim menjadi bukti. Suhaimi Kamarudin kalah tipis dapal pertembungan pertema tetapi kalah tertiarap dalam pertembungan kedua. Kerana apa? Kerana pucuk pimpinan ketika itu telah beralih kecenderungan kepada Anwar Ibrahim. Cuma mungkin Khairy bernasib baik kerana dia masih ada bias mertuanya sebagai mantan PM. Jika tidak mungkin Khairy telah hilang di barisan Pemuda.
Khairy menewaskan mantan MB Selangor dan anak mantan PM. Kedua-duanya hebat dari segi reputasi jawatan dan bapa mertua. Bapa Khairy juga hebat iaitu mantan PM juga. Tetapi bapa mertua Khairy melepaskan jawatan PM dengan penuh tragis. Bapa mertua Khariy diserang kiri, kanan, atas, bawah depan dan belakang. Sebabnya? Banyaklah dan tak perlulah di perkatakan kerana ia sudah menjadi sejarah.
Khairy sekarang sangat terasing. Itulah yang penulis rasakan. Mantan PM yang anaknya ditewaskan Khairy jelas-jelas mengatakan kemenangan Khairy adalah dipertikaikan. Dikatakan Khairy adalah ketua Pemuda UMNO yang menang dengan jalan material. Penulis tidaklah tahu benar salahnya tetapi itulah yang dibawa angin yang kencang. Maka tidaklah hairan jika Khairy tidak dilantik menjadi menteri atau sekurang-kurangnya timbalan menteri seperti anak mantan PM yang ditewaskannya.
AJK pemuda UMNO mempertikaikan mengapa Khairy tidak aktif membantu UMNO. Dalam media elektronik tidak kedengaran lagi suara Khairy. Tidak ada lagi suara Khairy berkata "Pade doh PAH perentoh Kelate...", atau mungkin "Piiiirah PAIH Kedah hai..." Mengapa? Penulis melihat kerana tiada lagi suara membantunya dibelakang. Mengapa tiada suara membantu? Kerana mereka sendiri kuatir akan diperhatikan sebagai "orang Pak Lah"...Yelah, Pak Lah sudah dijatuhkan dengan tragis, bukan oleh PAS tetapi oleh ahli UMNO sendiri.
Masih ingatkah ketika Khairy diisytiharkan menang dalam pemilihan ketua pemuda UMNO? Ketika itu terdengar suara mengebooonya. Penulis rasa tidaklah wajar pemuda UMNo tidak menerima majoriti adalah pemutus kemenangan. Inilah demokrasi. Nampaknay bukan mereka tidak redha kalah ditangan PR tetapi juga tidak redha keputusan dalam UMNO sendiri.
Bagaimana Khairy mahu aktif ke sana-sini untuk merucap dan membalun PR? Sedangkan untuk berkempen di Kedah dalam satu pilihanraya kecil dahulu sahaja dia tidak diperdulikan. Kabarnya Khairy meninggalkan tempat pilihanraya kecil itu secara diam-diam.
Penulis dengan ikhlas hati menyarankan kepada Khairy supaya memikirkan semula perjalanan politiknya. Yelah, jika di dalam UMNO dia terpinggir, baiklah dia memikirkan wadah atau parti yang lain untuk aktif dalam politik. Tidaklah rugi rasanya UMNO jika kehilangan Khairy. Ertinya jika Khairy memilih wadah atau parti yang lain, tidaklah dia akan mengalami malu jika dalam pemilihan ketua Pemuda UMNO akan datang dia akan kalah teruk. Seharusnya kekalahan Suhaimi Kamarudin dengan majoriti yang sangat besar dijadikan iktibar.
Oh ya, penulis tidaklah menghasut Khairy cuma memberi buah fikiran. Jika Khairy tidak setuju dengan apa yang penulis rasakan atau tidak benar, penulis meminta maaf terlebih dahulu. Namun inilah pandangan ikhlas penulis sebagai rakyat Malaysia yang mendukung demokrasi.
Penulis rasa tidaklah hanya sekadar memberi nasihat kepada hanya seorang rakyat Malaysia seperti Khairy ini, akan dikenakan ISA. Kerana jika Khairy memilih wadah atau parti lain, tidaklah mungkin berbondong-bondong rakyat Malaysia mengikutnya. Khairy sudah tiada suara, apa nak ditakutkan dengan nasihat penulis ini.
No comments:
Post a Comment