Terkini 11.10 am : Mahkamah Isytihar
Mahkamah isytihar Zambry sebagai MB Perak.
Terkini 10.57 am : Mungkinkah Nizar sebagai MB Perak??
Selain itu hujah hakim menggambarkan, mungkinkah Nizar diumumkan sebagai MB Perak pada hari ini?????
Terkini 10.54 am : Hampir 30 minit penghakiman telah dibaca
Siapakah MB Perak masih belum diumumkan oleh Hakim, semua masih memerhati hujah-hujah penghakiman yang dibaca oleh hakim, namun gambaran yang diberikan kita kalah dan kemungkinan hakim akan umum Zambry sebagai MB Perak ??
Foto Sekitar Perbicaraan Kes MB Perak
Terkini 10.34 am : Kenapa Zambry tidak datang??
Ds. Nizar seperti biasa berada di tempat duduknya sepanjang perbicaraan kes MB Perak termasuklah pada hari ini.
Namun seperti biasa, pada hari ini Zambry tidak datang. Yang datang cuma lebih 10 ADUN BN yang mewakili beliau.
Terkini 10.16 am : Hakim mula baca Penghakiman
Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria sedang membaca keputusan pengadilan
Terkini 10.14 am : Peguam diperkenalkan
Peguam Ds. Nizar terdiri.. Cah Kok Leong, Nga Hok Chey, Ranjit Sigh, Razlan, Boon Tai Su, Amir Hamzah, Liang Chit King, Miss Joi Leong, Chiang Lek Choi dan Hanifa Maidin dan Zulkarnain.
Dipihak BN, Cecil Ibrahim, Ghani Phatail, Tun Abdul Majid, Dato' Kamaruddin, Hjh. Azizah, Majit Singh, Suzana Tan, Andy Razali Jaya,
Pemerhati BN, Hafarizan, Abubakar Sidek dan M Reza Hasan. Wakil Malaysian Bar, Mr. Chen Foo Kin.
Terkini 10.10 am : Persidangan bermula
Hakim mula mengambil tempat
Terkini 10.05 am : FRU leraikan himpunan luar Mahkamah
Sekitar 30 orang FRU menyuraikan orang yang berhimpun di luar mahkamah sebentar tadi. Mereka termasuklah dikalangan remaja berbaju kuning yang berkumpul dan mengadakan ceramah di hadapan bangunan.
Terkini 9.55 am : Semua menunggu dengan penuh debaran
Keadaan dalam Mahkamah yang terbahagi kepada tiga tempat duduk, satu bahagian di duduki oleh rakan media, satu tempat ditengah oleh ADUN dan penyokong BN dan sebelah kanan tepi dinding oleh ADUN dan penyokong PR.
Terkini 9.50 am : Semua masih menunggu perbicaraan dimulakan
Ahli Parlimen dan ADUN PR yang berada didalam mahkamah setakat ini ialah Ds. Nizar, YB. Lim Kit Siang, Dato' Ngeh, YB. Lee Boon Chye, YB. Khalil, YB. Zainuddin, YB. Chan (Simpang Pulai), YB. Tai (Kuala Sepetang)
Terkini 9.45 am : Saya dibenarkan masuk
Saya Alhamdulillah dibenarkan masuk apabila dibenarkan oleh Pihak Mahkamah dengan bantuan dari Dato' Ngeh. PR dibenarkan menambah seramai 5 orang ADUNnya masuk.
Foto awal pagi di mahkamah
Perkarangan mahkamah mula dikerumuni oleh orang ramai seawal jam 7.30 pagi. Shot depan pintu mahkamah. Untuk mendapatkan liputan langsung sila aktifkan Cover It Live anda. 8.30 pagi kita mula berlangsung terus dari mahkamah.
Kawalan amat ketat. Tak percaya ?
Kumpulan Pewaris yang turut hadir. Harap tak buat kacau..! Wa caya lu..!!
Terkini 9.32 am : Peguam mula mengambil tempat
Barisan peguam mula dibenarkan masuk. Peguam Ds.Nizar dari PR : Hanifa kelihatan masuk ke kamar bicara. 9.40 kelihatan Peguam Negara Ghani Phatail masuk ke kamar bicara.
Terkini 9.30 am : RM20 dan sehelai baju kuning
Salah seorang yang saya temui antara mereka berkata "RM20 sahaja". Itulah ucapan seorang remaja yang berkumpul dengan baju kuning.
Terkini 9.25 am : Hanya Ds. Nizar dan isteri dibenarkan masuk
Hanya Ds. Nizar dan isteri dibenarkan masuk, selain itu seorang dari anak lelakinya juga dibenarkan masuk.
Itulah ketatnya kawalan Mahkamah pada hari ini. Semua yang hadir sekarang dalam keadaan senyap berada diluar pintu masuk utama.
Jemaah solat hajat masih meneruskan solatnya.
Terkini 9.22 am : Mesyuarat Exco Kerajaan Kudeta di KL esok??
Menurut maklumat yang baru saya dapat, satu mesyuarat Exco Kerajaan Kudeta akan diadakan di Kuala Lumpur esok. Mengikut maklumat yang diterima, segala bahan dan mesyuarat telah dibawa ke KL.
Sekiranya maklumat ini benar, adakah keputusan pada hari ini lebih dahulu diketahui oleh Pihak BN??????
Terkini 9.20 am : Solat hajat di hadapan Mahkamah
Sekumpulan hampir 50 orang penyokong Pakatan Rakyat sedang mengerjakan sembahyang hajat berjemaah dihadapan mahkamah dengan diimamkan oleh Ust. Nor Azli Musa.
Terkini 9.15 am : Nizar sampai dengan laungan 'Hidup Rakyat dan Bubar Dun'
Laungan 'Hidup Rakyat dan Bubar DUN' mengiringi ketibaan Ds. Nizar sebentar tadi.
Suasana kecoh apabila provokasi cuba dilakukan oleh remaja berbaju kuning dengan laungan 'Daulat Tuanku'.
Setakat ini setelah Ds.Nizar masuk ke dalam keadaan masih terkawal.
Terkini 9.00 am : Keadaan dalam kamar bicara
Ada 10 ADUN BN VIP duduk di kerusi hadapan, dan tidak ada seorang pun ADUN PR yang memperolehi pas masuk.
Terkini 8.45 am : Kamar bicara mula dibuka
Orang awam dan media dibenarkan masuk ke kamar, ADUN dan penyokong BN mula memenuhi seat VIP. Hampir kesemua kad masuk diperolehi oleh orang BN. Harap ramai penyokong PR diluar.
Bayangkan sebesar ruang lobi Mahkamah yang boleh memuatkan 1,000 orang tidak dibenarkan orang lebih ramai masuk.
Terkini 8.44 am : Mahkamah hanya membenarkan 35 orang awam dan 25 media masuk
Orang awam dan media masih di lobby, gate untuk ke atas kamar diblock..TAPI YB dan penyokong Kerajaan Haram (KH) dibenarkan naik.. dimaklumkan 8.45 kamar dibuka..
Terkini 8.40 am : Kebanyakkan berada di dalam adalah ADUN BN
Ramai YB Kerajaan Haram berada didalam..kedengaran Amidah ular mengatakan kepada saya "Khalil turun pangkat jadi media". Tak apalah Midah, apa pun ok, asal jangan buat keje yang tidak betul. Macam hari ini semua jadi susah kerana kerja haram BN rampas kuasa di Perak.
Terkini 8.30 am : Remaja berbaju kuning bertulis Daulat Tuanku, adakah mereka pelajar sekolah ??
Sekitar 50 orang lebih remaja belasan tahun dengan baju seragam kuning dengan tulisan 'Daulat Tuanku'. Mereka semacam pelajar sekolah ??
Tentunya mereka datang bukan percuma dan mendapat habuan dari pihak tertentu.
Terkini 8.00 am : Saya gagal untuk dapatkan pas masuk
Walaupun agak awal datang saya cuba berbaris dengan rakan media untuk mendapatkan pas masuk,barisan yang lain dikalangan orang awam dan kebanyakkannya ADUN BN.
Peraturan yang ketat pada hari ini menyebabkan saya tidak dibenarkan untuk mendapat pas masuk. Barisan yang saya tunggu hanya mereka dikalangan rakan media yang ada senarai nama yang diserahkan lebih awal.
Namun saya mendapat bantuan dari seorang rakan yang memperolehi kad, katanya dia berbaris sejak jam 7.00 pagi lagi.
Segala maklumat akan disalurkan kepada saya dan akan dihantar ke blog bagi tatapan umum.
Terkini 7.46 am : Rombongan PAS Lenggong sampai
Jam 7.40 minit tadi rombongan dari PAS Lenggong seramai 35 orang yang menaiki bas sampai di Mahkamah. Mereka menaiki bas dengan bayaran cuma RM10 seorang. Mereka berangkat dari Lenggong jam 12.30 malam tadi.
Terkini 7.35 am : Orang Awam juga ramai kelihatan
Disamping rakan media dan pemerhati lain, namun kelihatan mula sampai orang-orang awam yang juga datang untuk mendengar sama keputusan yang akan diumumkan pada hari ini.
Terkini 7.30 am : Suasana di hadapan pintu utama masuk mahkamah
PUTRAJAYA : Keadaan pintu utama masuk ke mahkamah Putrajaya mula ramai dikalangan rakan media yang menunggu awal dan dikalangan ADUN.
Saya mungkin ADUN Pakatan Rakyat yang pertama datang,namun kelihatan sekitar 4 ADUN BN yang hadir awal termasuk Ganesan.
Saya berbaris bersama dengan rakan media dan menunggu untuk mengambil pas masuk sebagai memenuhi prosuder biasa untuk masuk mengikuti proses pengumumam keputusan kes MB Perak pada hari ini.
Saya akan berada di mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi ini bersama-sama dengan DS. Nizar serta ADUN yang lain. Selain itu saya jangkakan ramai kepimpinan PAS yang akan hadir. Bagi Negeri Perak antara yang memberi pengesahan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ust. Abu Bakar Hussain.
Selain itu sejak kelmarin Bas yang disediakan oleh PAS Perak sebanyak 4 buah telah penuh disisi dan disamping itu terdapat lagi beberapa buah bas yang dikendalikan oleh PAS kawasan.
Komponen lain dalam Pakatan Rakyat Perak iaitu PKR dan DAP dimaklumkan juga menyediakan bas percuma untuk ahlinya. Jumlahnya tidak dapat disahkan.
Gelombang penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat dan para pemerhati untuk hadir di Putrajaya pada hari ini saya yakin memberangsangkan. Berdasarkan SMS dan talifon yang saya terima, saya jangka jumlah kehadiran pada hari ini adalah jumlah yang teramai dalam perbicaraan kes Perak yang mencuti banyak perhatian banyak pihak.
Semuga pakatan Rakyat Perak sekali lagi diberi peluang untuk menerahui kerajaan negeri dengan keputusan yang akan diumumkan pada jam 9.30 pagi ini.
Jumpa di sana.
No comments:
Post a Comment