"Siapa tak kenal Khairy Jamaluddin,lulusan Oxford,menantu bekas Perdana Menteri dan mesra dipanggil sebagai KJ.Beliau ini naik terlalu cepat.Penglibatan dan karier politik beliau ketika Tun Abdullah di ambang kuasa.Beliau bukanlah calang-calang orang.Pelajarannya tinggi,memiliki ijazah Falsafah,Politik dan Ekonomi di Universiti Oxford.Malah,beliaulah orang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika berumur 40 tahun.Agak hebat sekali cita-cita beliau biarpun dilihat tidak berpijak di bumi yang nyata.
Kalau beliau berazam tinggi sekalipun,beliau harus memintas jalan Muhyiddin,Zahid Hamidi dan Hishamuddin untuk berada di tampuk teratas kepimpinan utama negara dalam tempoh yang singkat.KJ sebenarnya boleh dianggap layak dari segi teori ilmunya dalam politik,tapi dari segi praktikalnya,beliau sebenarnya kurang bernasib baik sama sekali. Kerana beliau naik terlalu mudah,usaha untuk menjatuhkannya juga terlalu mudah.Tetapi beliau ini orang yang pandai mengatur strategi juga.Pandai mendepani dan menyesuaikan diri dalam keadaan semasa demi survival dan keuntungan politik sendiri.Ketika beliau mula terkenal,ketika menjadi Timb.Ketua Pemuda,seteru utama beliau adalah mantan Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamad.Dan sampai sekarang pun mereka masih menjadi seteru.Entah mengapa,benci benar Tun pada susuk tubuh Khairy Jamaluddin.Seumpama KJ ini pernah meliwat anaknya Si Mukhriz!Pelbagai kata-kata dituju Tun buat KJ,malah dilabel sebagai PM Malaysia tatkala Tun Abdullah lesu tertidur.Tika itu jugalah kita mendengar cerita budak-budak Tingkat 14.Tun begitu mahu menjatuhkan dan melenyapkan KJ ini.Lihatlah,pengaruh Mahathir-Najib mampu menyebabkan KJ mendapat pencalonan kurang dari Mukhriz Mahathir.Malah,kalau jumlah pencalonan yang menentukan siapa layak menjadi Ketua Pemuda,KJ telah lama terpelanting keluar.
Tapi,Allah ingin memanjangkan hayat politik insan bergelar KJ ini.Beliau ditakdirkan menang jawatan Ketua Pemuda UMNO.Menewaskan Mukhriz anak Mahathir dan Khir Toyo(yang tidak muda).Kemenangan KJ umpama mencurah petrol ke atas api kebencian Tun Mahathir pada KJ.Lalu negara menyaksikan politik balas dendam berlaku.KJ yang sedari dulu mengidam jawatan Menteri tak diberi peluang.Pakatan Najib-Mahathir tidak membenarkan KJ pergi jauh dalam politik.Malah,bagi menyakitkan lagi hati KJ,diberi pula jawatan Timbalan Menteri pada Mukhriz.Kalau dari segi hak,memang KJ lebih berhak dan layak.Tapi apakan daya.KJ terpaksalah mendoakan Tun M pergi menghadap Ilahi dahulu.Barulah boleh menghantar resume menteri pada Najib.Semenjak itu,KJ dilihat menyepi,menyisih dan memencilkan diri.Mungkin makan hati dengan Najib.Pergerakan Pemuda yang sebelum ini sering bersilat dan berkeris dilihat mengurangkan semangat Ketuanan Melayu.
Bagi mereka yang tidak mengikuti perkembangan politik KJ ini,mereka tentunya beranggapan KJ ini telah berpatah arang berkerat rotan sama UMNO.Sudah beberapa kali namanya diabaikan dalam senarai menteri. Hati siapa tidak sedih.Rupa-rupanya,Khairy ini diam-diam ubi berisi.Beliau sebenarnya mengatur strategi dan menjenamakan dirinya semula.Kalau semasa zaman kemuncak Pak Lah,KJ ini dilihat berjiwa Melayu dan bersama golongan elitis,kini KJ cuba mengubahnya.Cakapnya pun makin matang dan berlapik.Tidak lagi mudah melabelkan orang seperti beruk-beruk di jalanan.Baguslah,KJ mula menggunakan ilmu Oxfordnya secara meluas.Beliau kin terkehadapan dalam soal kesamarataan hak,tidak lagi bersikap racist malah dilihat cuba memenangi hati pergerakan pemuda MCA dan MIC.Kini,seteru KJ makin bertambah.Orang itu adalah Presiden Perkasa,Ibrahim Ali.Pak Him yang lantang dengan ketuanan Melayu dilabel KJ sebagai jaguh kampung dan penghalang semangat 1 Malaysia.Dan KJ kini dilihat sebagai menjadi hero rakyat Malaysia yang anti-racist.Kaum lain sememangnya menganggap Perkasa sebagai bersifat racist.Dan apabila KJ berkontradiksi dengan Perkasa maka beliau tentulah diangkat sebagai pejuang keadilan kaum.Itulah yang cuba beliau lakukan.
Kini,KJ menerima tentangan hebat,bukan dari Pakatan Rakyat,bukan dari Pas atau PKR tapi tentangan dari dalam UMNO itu sendiri.KJ ini harus ditamatkan riwayat politiknya.Persoalannya,kenapa?Kita lihat betapa Presiden dan Mursyidul Am Perkasa(Mahathir) terus-menerus menentang KJ ini.Dan lebih daripada itu,kini wujud satu gerakan dari kalangan bloggers proUMNO bagi memburuk-burukkan nama KJ ini.Malah,ada yang mendesak beliau meletakkan jawatan kerana tidak layak menjadi KP UMNO.Blog Papa Gomo contohnya melabelkan Khairy ini sebagai petualang bangsa,sebaris dengan pemimpin PR.Pelik bukan? Kini KJ jarang ditempelak PR sebaliknya menerima kutukan orang UMNO sendiri.
Sebagai seorang yang bernama Khairy Jamaluddin,beliau tentunya kecewa.Beliau tidak diberi peluang menjadi menteri,sekurang-kurang Menteri Belia dan Sukan sekalipun.Idea yang diberi beliau dipandang sepi.Pemuda UMNO di bawahnya senyap dan kurang bergerak.Malah,populariti Pemuda UMNO sedikit merudum jika dibandingkan dengan Wira Perkasa pimpinan Armand PJU.Terbaru,media melaporkan bahawa KJ sedih kerana hasil kajian selama enam bulan oleh Makmal Pemuda BN dipandang sepi oleh Najib dan kabinet.Hina sangatkah Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda.Beliau ini semakin jauh daripada UMNO.Samada jarak itu sengaja dibuat olehnya atau beliau dijarakkan oleh musuh-musuh beliau dalam UMNO.Lalu,beliau pernah berkira-kira tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO selepas ini.Lebih daripada itu,baru-baru ini juga beliau berhasrat keluar parti sekiranya majoriti ahli UMNO menyokong Perkasa.Begitulah nampaknya jalan yang bakal diambil Khairy,demi meneruskan cita-cita politik beliau.
Persoalannya,kenapa Khairy ingin benar dijatuhkan?Secara pemerhatian peribadi,KJ ini harus ditendang kerana cita-cita beliau yang terlampau tinggi.Beliau sebenarnya ditendang oleh mereka-meraka yang turut berhasrat mendaki puncak menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.Dan benarlah,KJ dan Anwar ini cita-citanya sama.Dan harga yang perlu dibayar untuk cita-cita mereka juga akan dilihat setimpal.
Apapun Khairy,carilah jalan untung,bukan terus mendukung biawak hidup di dalam UMNO.....
No comments:
Post a Comment