Tuesday, November 16, 2010
Berita baik untuk mangsa banjir kedah
Berita baik untuk mangsa banjir kedah
ALOR SETAR 16 NOV : Penduduk di negeri Kedah yang terbabit dengan bencana banjir awal bulan ini akan diberi rebet bil air sebanyak 30 peratus bagi bil November sebagai tanda simpati kerajaan negeri terhadap mereka.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pengerusi Syarikat Air Darul Aman (Sada) berkata rebet berkenaan akan dimasukkan dalam bil Disember kerana perkiraan caj untuk bulan ini telah dijalankan.
"Rebet ini hanya diberi kepada pengguna domestik manakala kilang-kilang tidak terlibat dan ia hanya untuk mangsa-mangsa yang terbabit banjir di Padang Terap, Pokok Sena, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang.
"Saya juga ingin meminta maaf kepada rakyat yang menghadapi kesukaran mendapat bekalan air sepanjang tempoh bencana," katanya semasa menggulung perbahasan Bajet 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Kira-kira 60,240 penduduk menjadi mangsa banjir yang disifatkan sebagai yang terburuk melanda negeri ini pada awal bulan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment