Pages

Saturday, July 2, 2011

Ali Rustam mahu kerakyatan Ambiga dilucutkan

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam mahu kerajaan persekutuan melucutkan taraf kewarganegaraan pengerusi jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

rustam ali silat group bersih 4Bercakap kepada wartawan selepas perjumpaan dan mesyuarat Guru-guru Silat Malaysia anjuran Persekutuan Kebangsaan Pesilat Malaysia (Pesaka), Ali yang juga presiden pertubuhan itu berkata seseorang yang cuba menghuru-harakan negara ini tidak layak menjadi warganegara.

"Biar hilang seorang, jangan hilang semua... Kenapa nak jatuhkan kerajaan sekarang," katanya.

"Dia boleh masuk pilihan raya, tubuh parti, kenapa nak berdemonstrasi. Kalau nak jadi seperti negara luar, biar (dia) jadi rakyat negara luar," katanya dalam satu sidang media.

Turut hadir dalam sidang media tersebut Pengerusi Majlis Guru-guru Silat Malaysia Tan Sri Omardin Mauju dan 211 wakil pertubuhan seni silat seluruh negara.

Mengulas lanjut, dalam penjumpaan dan mesyuarat guru-guru silat, Mohd Ali berkata terdapat juga wakil pertubuhan silat mencadangkan Ambiga dikenakan hukuman buang daerah.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya sekeras-kerasnya membantah tindakan BERSIH 2.0 yang diketuai Ambiga yang didakwanya "untuk menimbulkan huru-hara".

rustam ali silat group bersih 2Katanya, jika apa-apa yang berlaku pada 9 Julai, tidak ada pihak yang patut mempersalahkan pesilat, tetapi sebaliknya Ambiga yang sepatutnya dipersalahkan.

"Semuanya ingin melihat aman damai... Kita bersama-sama membantah apa sahaja tindakan... Apa sahaja (akan) berlaku pada 9 Julai," katanya

"Jangan ambil ringan"

Oleh itu, beliau juga berharap rakyat "jangan ambil ringan" mengenai perkara ini.

Ketua menteri Melaka itu berkata PESAKA mendokong lima prinsip rukun negara dan mendakwa perbuatan Ambiga "boleh membawa ketidakstabilan negara".

Sehubungan itu, seramai wakil 211 pertubuhan silat seluruh negara, membantah sekeras-kerasnya perhimpunan BERSIH dan meminta "demonstrasi jalanan" dihentikan.

Beliau juga bimbang tidak dapat mengawal pesilat-pesilatnya kerana jika berlakunya huru -hara.

"Saya bimbang, tak dapat kawal, jika hura-hara berlaku, Ambiga bertanggungjawab," katanya.

rustam ali silat group bersih 3Sementara itu, Pengerusi Majlis Guru-Guru Silat Malaysia Tan Sri Omardin Mauju berkata pihak bersedia untuk "bertempur" kalau orang cuba bertempur.

"Kalau orang bertempur, kita tempur, kita lawanlah... Kita akan pertahan daripada (mereka) masuk Istana," katanya sambil mencelah seorang guru silat bahawa mereka akan bersedia sepenuhnya dengan apa jua keadaan.

Omardin juga memberitahu, jika pihak BERSIH membatalkan hasrat mereka untuk berhimpun, maka pihaknya juga akan mengambil tindakan yang sama.

Ditanya sekiranya ada di kalangan ahli PESAKA ditahan oleh polis, Mohd Ali berkata pihaknya akan menyediakan bantuan guaman.

"Dalam PESAKA banyak peguam," katanya sambil menambah pihaknya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sepatutnya pada hari itu.

No comments:

Post a Comment