Pages

Friday, December 25, 2009

Benitez enggan undur


LONDON - Sekalipun dikritik hebat, pengurus Liverpool, Rafael Benitez (gambar) enggan melepaskan jawatannya.

Sebaliknya, pengurus kelahiran Sepanyol itu berazam untuk membimbing Liverpool menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik pada kempen Liga Perdana England musim ini.

"Adakah saya akan letak jawatan sekiranya kami gagal ke Liga Juara-Juara? Lebih baik kami memenangi beberapa perlawanan dulu dan kemudian kita lihat apa yang terjadi.

"Pada hari ini, pengurus banyak menerima tekanan dan itulah bola sepak. Ramai orang yang melabur dalam bola sepak dan mahukan pulangan yang cepat.

"Tetapi saya yakin dengan pasukan saya dan kami akan berjaya keluar dari situasi ini," kata Benitez.

Sementara itu, kapten Liverpool, Steven Gerrard mengakui prestasinya merosot teruk musim ini.

Terdahulu, Benitez mendedahkan bahawa Gerrard telah menanggung beban yang berat ekoran prestasi hambar Liverpool musim ini yang menyaksikan skuad The Reds hanya mampu menduduki tangga kelapan Liga Perdana England ketika ini.

Kelab Merseyside itu kalah tujuh daripada 18 perlawanan liga berbanding dua kekalahan pada kempen musim lepas dan kini 14 mata di belakang pendahulu, Chelsea.

"Saya rasa Steven mahu memberi aksi yang lebih bagus lagi. Saya yakin sepenuhnya bahawa dia tidak puas hati dengan peranannya sekarang," jelas Benitez.

"Steven tahu dia harus perbaiki lagi prestasinya tetapi bagi saya ia sesuatu yang positif. Dia sedar dia adalah pemain penting bagi kami dan dia mampu mengetuai pemain lain mengubah situasi kelab ini." - Agensi

No comments:

Post a Comment