Pages

Sunday, December 27, 2009

Operator Komputer, Jadi Ketua Pejabat?




SELEPAS Kerajaan Barisan Nasional melantik Pegawai S44 memangku jawatan S48 dan menanggung kerja S54 sebagai Ketua Jabatan Negeri, kini melantik Operator Komputer F17 sebagai Ketua Pejabat Badan Berkanun di Kunak.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Silam, Johani Abdul Halim mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengerusi Ko-Nelayan menyiasat aduan orang awam bahawa seorang wanita yang memegang jawatan hakiki F17 (Operator Komputer) sebagai Ketua Pejabat Ko-Nelayan Kunak.

Sudah ketandusankah pegawai yang layak di Ko-Nelayan sehingga ‘Operator’ dilantik sebagai Ketua Pejabat atau kehadirannya di Kunak mempunyai agenda tertentu?,” tanya Johani yang menjelaskan bahawa operator berkenaan adalah isteri kepada Pegawai Daerah Kunak, Susilo Sumarto.

Sebagai kakitangan rendah, kata Johani, Hivilin Binijin @ Haslinda Abdullah (isteri Susilo) sewajarnya harus mengikuti kursus induksi dan melalui beberapa saringan sebelum dinaiktaraf atau dilantik sebagai Ketua Pejabat di kawasan yang sebenarnya ‘tidak wujud’ pejabat Ko-Nelayan sebelum ini.

“Mengikut semakan di Laman Web Ko-Nelayan, yang dikemaskini pada Oktober 2009, Hivilin masih memegang jawatan hakiki F17 dan bertugas di Ibu Pejabat Ko-Nelayan, Kota Kinabalu. Jadi apakah yang beliau lakukan di Kunak dan mendakwa diri beliau sebagai Ketua Pejabat?,” ujar Johani yang membidas mantan Pengerusi Ko-Nelayan, Datuk Jasa Haji Rauddah yang secara wewenang melantik kakitangan rendah tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan.

Sehubungan itu, Johani mendesak Pengerusi Ko-Nelayan, Datuk Samsuddin Yahya dan Pengurus Besar Ko-Nelayan, Haji Masood Salleh memberi penjelasan kepada para nelayan di Kunak yang selama ini kurang senang dengan perlantikan Hivilin yang sombong dan menggunakan pengaruh suaminya untuk kepentingan peribadi.

“Kita mendapat maklumat bahawa kakitangan rendah ini sering bercuti ke luar Negara bersama suami dan keluarga sedangkan umum mengetahui gaji suaminya sebagai seorang Pegawai Daerah tidaklah seberapa,” tanya Johani yang mendesak siasatan menyeluruh terhadap Hivilin dan suaminya yang dikhuatiri telah menyalahguna kuasa dan menggunakan kemudahan kerajaan secara tidak sah.

Mengikut Johani, Ko-Nelayan ditubuhkan pada 16 September 1978 sebagai sebuah koperasi (koperatif) dengan nama Koperasi Serbaguna Nelayan Sabah Berhad (Ko-Nelayan) di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama Negeri Sabah. Bagaimanapun ianya dibubarkan dan digantikan dengan Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah sebagai sebuah Badan Berkanun melalui Enakmen No 4, 1981 oleh Dewan Undangan Negeri Sabah.

Oleh itu, kata Johani, ianya tertakluk kepada Peraturan dan Undang-Undang yang berkuat kuasa terutama berhubung perlantikan, gaji dan kenaikan pangkat kakitangan dan tidak seharusnya melibatkan campurtangan politik.-/sabahkini

No comments:

Post a Comment