Pages

Sunday, January 17, 2010

Adakah Kartika dah berubah,,,,

Kartika tulis buku kisah peribadi

AMPANG – Bekas model sambilan yang masih menunggu hukuman sebat dilaksanakan ke atas beliau, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, bakal menerbitkan buku kisah peribadi untuk memberi pengajaran kepada orang ramai.

Katanya, buku itu adalah untuk berkongsi dengan orang yang ramai yang mengikuti kisahnya sejak didapati bersalah minum arak di sebuah resort.

“Orang ramai boleh ambil iktibar dan tidak mengulangi apa yang berlaku kepada saya,” jelasnya ketika ditemui selepas menerima tajaan umrah oleh sebuah agensi pelancongan, Gemilang Travel And Tours Sdn. Bhd. (Gemilang Travel) di sini semalam.

Tambah Kartika, dia telah mula menulis draf buku berkenaan sejak Julai 2008 sementara menunggu penulis sebenar yang akan menulis dengan lebih lengkap.

“Sudah ada saudara rapat yang sanggup menulis kisah saya ini namun masih belum memutuskan pihak yang akan menerbitkannya,” jelasnya sambil memberitahu kisah yang akan dibukukan itu berkisar kehidupannya sejak kecil sehingga sekarang.

Menceritakan mengenai perceraiannya dengan bekas suami, Mohamad Afandi Amir, 38, pula, beliau mengakui sedang menunggu pengesahan Mahkamah Syariah Kuala Kangsar yang dijangka diselesaikan minggu depan.

Pada 11 Julai 2008, Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan pada 20 Julai 2009, namun sehingga sekarang hukuman berkenaan masih belum dijalankan.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif, Gemilang Travel, Ayob Mat Aris berkata, penajaan pakej umrah 14 hari itu sebagai sokongan kepada Kartika untuk bertaubat.

No comments:

Post a Comment