Pages

Thursday, January 21, 2010

Bajet hospital pun dipotong...

Pada tahun ini, di fahamkan yang kerajaan telah pun memotong bajet hospital kepada hampir separuh daripada jumlah bajet pada tahun sebelum ini. Sebagai contohnya, jika sesebuah hospital itu menerima RM40 juta pada tahun lepas, tahun ini hanya RM20 juta sahaja diberikan.

Apakah implikasi pengurangan bajet ini? Terlalu banyak untuk disebut. Seperti yang mana kita sedia maklum, hospital-hospital kerajaan menjadi tempat rakyat-rakyat yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan.

Dengan kos yang minima, rakyat boleh menikmati rawatan yang sewajarnya. Namun, oleh kerana pengurangan bajet ini, pihak hospital terpaksa mengambil langkah-langkah yang drastik supaya bajet yang sedikit ini dapat menampung perbelanjaan pengurusan.

Sebagai contohnya, pihak hospital sekarang tidak lagi dapat menyediakan ubat-ubatan yang diperlukan. Malah, ini telah menyukarkan para doktor untuk merawat pesakit kerana tiadanya bekalan ubat yang sepatutnya.

Ada pesakit yang marah kepada doktor bila tidak mendapat ubat yang biasa mereka dapat. Dipihak doktor, tiada apa yang boleh kami lakukan kerana bekalan yang tiada ini amat menyusahkan kami.. baca lagi di sini

No comments:

Post a Comment