Pages

Saturday, January 23, 2010

Bekas Pembaca Berita Meninggal Dunia



PETALING JAYA: Bekas pembaca berita, Robert Lam Ban Hoong, 64, disahkan meninggal dunia pada pukul 5.15 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini akibat kanser kulit yang dihidapinya sejak lebih tiga bulan lalu.

Sebelum ini, Lam pernah menjalani pembedahan kanser buah pinggang dan perut tahap empat.

Mendiang meninggalkan seorang balu, Jane Chong Yang Chun, 59, dan dua orang anak iaitu Mark, 24, dan Alexis, 23.

Pada pukul 8.30 malam esok, kaum keluarga, saudara-mara dan sahabat handai Lam akan memberikan penghormatan terakhir di First Baptist Church, di sini sebelum mendiang dikebumikan pada Isnin ini, pukul 10 pagi di tanah perkuburan Kristian di Lutheran Garden, Shah Alam.

Lam pernah berkhidmat sebagai pembaca berita waktu perdana di RTM, TV3 dan TV8 Metrovision selama 23 tahun sebelum beralih ke tugas mengacara majlis dan menubuhkan Pusat Bahasa Inggeris Robert Lam di Subang Jaya.

Sebelum itu, Lam juga pernah bekerja sebagai juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia selama tiga tahun iaitu dari 4 September 1964 hingga 17 November 1967.

Beliau juga telah menubuhkan Faith International Training School, Subang Jaya sejak Oktober tahun lalu dan merupakan salah seorang pengasas dan guru Bible di situ serta pengasas di Kingdom Christian Fellowship, Subang Jaya.

Beliau banyak melakukan kerja kebajikan di gereja sejak 10 tahun lalu. - Mstar

No comments:

Post a Comment