Pages

Wednesday, January 6, 2010

best,,,,


Photobucket

SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM DITUDUH TERIMA SUAPAN RM50,000 – berita hairan

Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima suapan bernilai RM50,000 tahun lalu.

Mohd Helmi Sha'ri, 29, minta dibicarakan dengan alasan beliau dijadikan "kambing hitam" terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Bagi tuduhan pertama, Mohd Helmi didakwa menerima suapan sekeping cek bank RHB bernombor 835770 bertarikh 13 April 2009 berjumlah RM48,000 daripada Zainal Abidin Ibrahim bagi membiayai pakej lawatan ke Indonesia pada 23 April hingga 27 April 2009, di Restoran Indahpura, Jalan Kenanga 29/14, Kulaijaya, kira-kira jam 2.45 petang hingga 3.45 petang, 13 April 2009.

Suapan itu sebagai dorongan membantu Zainal Abidin mendapat kerja menaiktaraf dan menurap jalan di kawasan Simpang Renggam iaitu menaiktaraf sistem perparitan di Kampung Shaari/Jalan Masjid Lama, bernilai RM192,000 kepada Hazju Enterprise, menaiktaraf sistem perparitan di Kampung Parit Majid Ibrahim, bernilai RM192,000 kepada perniagaan Yadaha dan kerja menaiktaraf sistem perparitan di kawasan Kampung Melayu, bernilai RM96,000 kepada Needza Enterprise.

Turut termasuk dalam dorongan itu adalah untuk mendapatkan kerja menurap semula jalan tar di Taman Renggam Jaya, bernilai RM255,841.70 kepada Rozlynn Enterprise, menurap semula jalan tar di Taman Mohd Yassin bernilai RM170,685 kepada Syarikat Aznor Construction serta menurap semula jalan tar di Taman Ria dan Taman Nagaria bernilai RM118,543.50 kepada Moliah Enterprise, di mana kerja itu dikeluarkan oleh MDSR yang semuanya bernilai RM1.025 juta.

Bagi tuduhan kedua, Mohd Helmi didakwa menerima suapan sekeping cek bank Muamalat bernombor 605281 bertarikh 13 April 2009 berjumlah RM2,000 juga daripada Zainal Abidin bagi membiayai pakej lawatan yang sama, di restoran, itu pada waktu dan tarikh yang sama sebagai dorongan yang sama iaitu untuk mendapat kerja menaiktaraf dan menurap jalan tar di kawasan Simpang Renggam berkenaan

No comments:

Post a Comment