Kenyataan Peguam Negara bahawa hanya pegawai peringkat rendah sahaja terlibat dalam kes kehilangan dan penjualan enjin pesawat F5E, dirasakan suatu kenyataan yang dibuat terlalu awal dan sukar diterima Rakyat. Memandangkan kejadian yang berlaku ini, sesuatu yang diluar kemampuan orang-orang biasa. Ia memerlukan suatu keberanian yang jelas untuk melakukan jenayah yang tidak pernah difikirkan boleh berlaku di bumi Malaysia.Tambahan pula, enjin yang dimaksudkan ini, mampu dijual sehingga ke Uruguay, Amerika Selatan! Apakah ini kemampuan orang biasa! Ini bukannya menjual minyak disel atau petrol dari kenderaan kerajaan!
Yang menjadi tanda tanya saya ialah, kenapa kes ini mampu di sembunyikan dari pengetahuan umum sehingga lebih 24 bulan?
Saya mengharapkan agar Peguam Negara segera memberikan kenyataan yang lebih logik dengan isu terlibat, serta mengarahkan siasatan yang lebih rapi dan terperinci agar kejadian ini, bukan sahaja dapat diselesaikan dengan sebaiknya, bahkan ianya juga memastikan agar kes sebesar ini tidak berulang. Dalang sebenar yang melaksanakan operasi mencuri dan menjual ini harus segera dihadapkan ke muka pengadilan.
Kenyataan awal bahawa Pegawai berpangkat rendah terlibat dalam kes ini juga dikhuatiri dianggap suatu penghinaan kepada kebanyakan pegawai rendah yang sedang berkhidmat dengan penuh dedikasi demi keselamatan Negara.
Apakah jaminan keselamatan Negara, khususnya jet-jet pertahanan negara dari dikhianati sepanjang proses penyelenggaraan sekiranya bahan sebesar enjin Jet Pejuang F-5E mampu dibawa keluar dari kawasan keselamatan?
Senator Hj Zamri Hj Yusuf Ahli Dewan Negara
No comments:
Post a Comment