Tuesday, January 5, 2010
HAMPIR SEMUA DEWAN BEDAH HOSPITAL TERANGGANU GAGAL - malaysiakini
Ahmad Said melahirkan rasa kecewa dengan keadaan hampir kesemua dewan bedah di hospital di Terengganu yang tidak dapat beroperasi seperti dijadualkan.
Beliau berkata keadaan itu bukan sahaja merugikan kerajaan daripada segi kos tetapi turut merisikokan nyawa pesakit.
"Hampir semua dewan bedah hospital di negeri ini gagal (tidak berfungsi dan lambat siap)... dewan bedah Hospital Besut hampir enam tahun, Hospital Kemaman tiga empat tahun, dewan bedah Hospital Setiu dah masuk tujuh tahun... teruk, rakyat marah kerajaan. "Bukan sahaja kita rugi daripada segi kos, tapi ia juga melibatkan soal nyawa, pakar bedah pun kecewa sebab tak boleh nak buat kerja," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment