HARGA GULA MUNGKIN NAIK LAGI – ISAMAIL SABRI - mStar
Tiada jaminan harga gula akan kekal pada RM1.65 sehingga hujung tahun ini selepas penarikan subsidi sebanyak 20 sen yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Ismail Sabri Yaakob menegaskan, sebarang kenaikan selepas ini akan dibuat selepas memproleh persetujuan Kabinet.
Katanya, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga bahan makanan itu.
"Buat masa ini harga gula kekal seperti yang diumumkan sebelum ini, namun begitu saya tidak dapat memberi jamiman harga tersebut tidak akan dinaikkan untuk dua ke tiga tahun akan datang.
No comments:
Post a Comment