Pages

Thursday, January 7, 2010

Perhimpunan .... UMNO berbelit

Perhimpunan tajaan sembunyi tangan UMNO selepas solat Jumaat hari ini dijangka tidak akan mendapat sambutan walaupun sebelum ini telah diwarwarkan bahawa kerajaan tidak akan menghalang mereka yang mahu berhimpun. Berhimpun untuk membantah penggunaan kalimah Allah pada terbitan akhbar Herald.

Pada peringkat awal, pimpinan PAS berbelah bahagi. Ada pimpinan yang amat marah, ada pimpinan yang rasional dan ada pimpinan yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Bahkan ada pimpinan PR yang telah turut senada dengan UMNO. Agaknya kerana ada pimpinan PAS yang dilihat senada dengan UMNO, maka PM 1Malaysia tidak menghalang perhimpunan ini.

Apabila DSAI, TGNA dan TGHA mengeluarkan kenyataan yang tidak senada dengan UMNO, maka TPM 1Malaysia membuat kenyataan baru iaitu perhimpunan dibenarkan jikalau mendapat permit polis. Huh, berbelit betui lidah UMNO ni.

Kenapa tetiba pimpinan UMNO berubah rentak kenyataan mereka? Ini adalah kerana mereka mendapati majoriti yang ke masjid adalah penyokong PR. Penyokong ini memang mempunyai pengalaman berhimpun. Tetapi mereka hanya akan berhimpun jikalau ada pimpinan PR yang turut serta. Tidak keterlaluan jikalau dikatakan bahawa tanpa kehadiran pimpinan PR, apa-apa bentuk perhimpunan selepas solat Jumaat tidak akan berjaya.

UMNO menyakini bahawa perhimpunan tengah hari ini tidak akan berjaya. Dan UMNO telah menyediakan satu skrip untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana bertindak rasional dan tenang dalam menghadapi situasi ini. Kerajaan berpendapat yang rakyat begitu yakin dengan usaha kerajaan yang menggunakan saluran undang-undang untuk menyelesaikan permasalahan agama.

Yakinlah dengan UMNO....

No comments:

Post a Comment