POKOK SENA- Lebih 40 hektar tanah di daerah ini sedang dimajukan bagi mewujudkan Bandar Sejahtera pertama negeri Kedah yang dijangka siap pada tahun 2017 seiring dengan cogan kata Kedah Sejahtera.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, projek pembangunan yang mempunyai nilai pembangunan sebanyak RM230 juta itu dapat memfokuskan kepada kawasan perumahan yang baru.
Menurutnya, projek yang difokuskan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah untuk mendiami rumah mampu milik.
“Projek Bandar Sejahtera bukan sahaja tertumpu kepada pembinaan perumahan malah projek ini akan menjadikan pembangunan Pokok Sena seiring pembangunan kawasan bandar raya seperti di daerah Kota Setar.
“Kita mahu bangunkan daerah ini dengan menubuhkan beberapa jabatan di kawasan sekitar agar ia dapat dibangunkan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan Bandar Sejahtera ini dapat dicapai,” katanya selepas merasmikan projek Bandar Sejahtera, di sini.
Bandar Sejahtera terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama Pokok Sena dan hanya mengambil masa 15 minit menuju ke bandar raya Alor Setar, dikelolakan sepenuhnya oleh Seri Temin Development Corporation (STDC) Malaysia Sendirian Berhad.
Azizan berkata, beliau yakin projek pembinaan 1,811 unit rumah termasuk 579 unit rumah kos rendah itu mampu menyelesaikan permasalahan mengenai pemilikan rumah kalangan golongan berpendapatan rendah.
Beliau berkata, fasa pertama melibatkan pembinaan 126 unit rumah dengan harga bermula RM130,000 itu sudah pun habis dijual dan ini telah membuktikan bahawa rumah yang dibina di kawasan Bandar Sejahtera ini benar-benar memenuhi permintaan golongan sasaran.
Menurutnya, bukan sahaja menepati cita rasa pembeli malah beliau yakin dengan terjualnya fasa pertama itu sudah mampu untuk memajukan kawasan Bandar Sejahtera seperti bandar raya yang lain.
Beliau berkata, konsep rumah yang dibina oleh STDC dengan reka bentuk yang unik dan mesra pengguna itu patut dicontohi agensi pembinaan rumah yang lain kerana ia menepati kemahuan rakyat.

No comments:
Post a Comment