Pages

Saturday, January 9, 2010

Rosicky penyelamat Arsenal

Rosicky penyelamat Arsenal


PERTAHANAN Arsenal, William Gallas melakukan percubaan sambil dihalang penjaga gol Everton, Tim Howard di Emirates awal pagi tadi.


LONDON - Arsenal terselamat daripada dimalukan apabila mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Everton pada aksi Liga Perdana England awal pagi tadi.

Tomas Rosicky menyelamatkan maruah skuad The Gunners itu apabila meledak gol penyamaan pada minit-minit terakhir perlawanan.

Keputusan seri itu menyaksikan Arsenal kekal berada di tangga ketiga dengan 42 mata, tiga mata di belakang pendahulu, Chelsea.

Terdahulu, perlawanan antara Chelsea dan Hull City yang dijadualkan di Stadium The KC semalam terpaksa ditunda ekoran ribut salji.

Bagi Everton pula, keputusan seri itu menyaksikan mereka kekal berada di tangga ke-12 selepas mengumpul 25 mata.

Pada aksi di Emirates awal pagi tadi, Leon Osman membuka tirai jaringan Everton pada minit ke-12.

Bagaimanapun, penyerang muda Arsenal, Denilson berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-28.

Steven Pienaar menceriakan penyokong pasukan pelawat apabila meledak gol kedua Everton ketika aksi berbaki sembilan minit.

Ketika perlawanan seakan-akan memihak kepada Everton, Rosicky muncul wira Arsenal apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-90. - Agensi

No comments:

Post a Comment