Thursday, January 28, 2010

ZULKIFLI NORDIN LOMPAT PARTI?

"Utusan Malaysia hari ini menyiarkan bahawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tidak menolak kemungkinan akan menyertai parti lain untuk meneruskan perjuangan politiknya.

Akhbar itu memuatkan sms Zulkifli semalam yang berbunyi "Saya akan tunggu dan lihat apa tindakan mereka dalam tempoh sebulan ini, insya-Allah baru saya akan melihat tindakan lanjut yang sewajarnya.


Memang tiada siapa boleh menghalang seseorang rakyat Malaysia dari keluar masuk parti. Itu hak peribadi. Ibrahim Ali, Suhaimi Said, Ezam Mohd Nor dan lain-lain adalah antara ahli-ahli politik yang sering keluar masuk parti mereka sukai. Tiada siapa boleh menghalang mereka.

Di Sabah dan Sarawak pula perkara melompat parti sudah jadi lumrah kerana bagi mereka melompat parti sama seperti menyalin kain pelikat. Saya hendak tukar kain tukar sahaja, siapa hendak menghalang.

Namun bagi seorang yang beragama Islam dan faham akan perjuangan Islam semua perkara yang kita lakukan di dunia ini akan dikira dan dinilai oleh Allah S.W.T walaupun sebesar zarah sekalipun. Baik yang lakukan maka baiklah balasan Allah, sebaliknya kalau jahat maka tunggulah hukuman dari Allah.

Melompat bukanlah perkara kecil, ianya tidak sama dengan membuang duri di tepi jalan. Ia akan menentukan hala tuju perjuangan kita. Kita mesti faham berjuang tidak boleh keseorangan ianya memerlukan jemaah. Nabi sendiri berpesan supaya beriltizam dengan jemaah dan dengan kepimpinan Islam. Jemaah yang kita hendak sertai dan anggotai mestilah jemaah yang mempunyai matlamat perjuangan yang jelas bukan setakat untuk perjuangan atas dunia tetapi ianya mampu membawa kesejahteraan hingga ke akhirat. Apa guna berjuang siang dan malam tetapi perjuangan tidak diredhai Allah.

Apakah kita mahu menganggotai jemaah yang tidak mahu kepada hukum Islam, tidak mahu mengamalkan undang0-undang Islam, sistem ekonomi Islam dan sebagainya. ?

Apakah kita mahu menjadi pengikut kepada jemaah yang pemimpin dan anak isterinya pun tidak menutup aurat?

Apakah kita mahu menjadi pengikut jemaah yang menghina ulama' dan meminggirkan Islam sejak kita merdeka 50 tahun?

Jadi saya mengharapkan Zulkifli dapat memilih jemaah yang mahu kepada Islam jika beliau mahu melompat parti. Beliau sendiri sebenarnya pernah bersama-sama dengan jemaah Islam sebelum ini.

No comments:

Post a Comment