Pages

Monday, February 8, 2010

Apa ler...Bangang punya kenyataan!!

Wah... senang jer dia cakap, enjin-enjin jet tersebut bukan aset strategic negara. Itu satu kenyataan yang bangang!! Nak tahu hujung pangkal, baca sini.

Kehilangan enjin-enjit jet milik negara yang diletakkan di bawah tanggung jawab Kementerian Pertahanan, tidak menjejaskan apa-apa, sebab ia sudah out dated dan tidak digunakan lagi oleh TUDM untuk pertahanan negara. So... nampaknya pada dia, kehilangan tersebut is no big deal ler.

Weh.... apa ler punya samdol kenyataan Piem Satu Malaysia ni... Guna atau tak guna bukan persoalannya. Yang menjadi persoalan ialah SECURITY!!! Bagaimana tempat yang sepatutnya ber'security' tinggi boleh bolos. Yang syiuknya... kebolosan mula berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan. Sebelum ini tak dengar pun berita kebolosan yang mengakibatkan kehilangan harta milik rakyat berlaku di Kementerian Pertahanan. Kot demer sorok-sorok, tak ler pulak..... tetapi mula berlaku dan didedahkan semasa Najib ler.

Siapa yang nak dipertanggungjawabkan apabila enjin-enjin jet hilang, rahsia pertahanan negara bolos... kononnya untuk dijual kepada kedutaan asing. Bahaya tu.... Dan, esok-esok... apa pulak yang hilang, entah ler?? Negara hilang kot??

Ha ha ha... nampak gayanya, sah ler negara kita ditadbir oleh mereka yang bangang. Dari PMnya,TPMnya, para menterinya, Peguam Negaranya, KPNnya... malah, semua institusi-institusi lainnya turut dikepalai oleh individu-individu yang bangang. Patut ler negara tonggang-langgang.

Sebelum negara pun hilang.... lebih baik kita halang mereka dengan merentap kuasa mereka dalam PRU 13 nanti. Halang jangan tak halang....

Dan... semenjak dua menjak di era pemerintahan Najib, banyak sangat yang hilang!! Orang hilang... enjin jet hilang.... rahsia hilang..... nama pengundi hilang dari senarai pemilih... Apa ke halnya??

Is he really a great magician?? David Copperfield Malaysia kot?? Eeeiiiiyaa... orang yang main magic-magic ni tak leh percaya weh... Dengan pertolongan Allah SWT, hanya kuasa keramat rakyat jer yang boleh mengalahkan 'David Copperfield Malaysia' ni... So, usah banyak pikior komer.... Guna kuasa kita untuk nyahkan saja dia!!!

Yang paling tak sedap perut dibuatnya, adalah... apabila negara turut terjejas... Negara hilang maruah dan negara hilang respek dunia luar!!

Ini menunjukkan bertapa tak 'capable'nya mereka menjaga negara kita. Apakah negara akan 'selamat' di bawah pemerintahan UMNO/BN?? Errmm... tak usah harap ler!!

Aha... mereka, mungkin akan 'selamat' ... sebab itulah priority mereka. Kuasa mereka mesti diselamatkan at all cost. By hook or by crook... tak boleh tidak!! Kalau kuasa mereka hilang..... mampuuuss ler demer!!!

Jadi... untuk menjaga maruah yang memang dah tak der, terpaksalah buat kenyataan defensif yang bangang macam tu. Lu orang ingat rakyat bangang ke??

Woi.... bagi ler macam-macam alasan sekali pun, buang masa jer. Orang akan menganggap itu alasan nak cover-up kelemahan diri, terutama bagi yang sudah hilang integriti dan kredibiliti. Ehem... ehem.... korang paham siapa, kan??

Weh... satu dunia sudah tau, ma... And... they are laughing at us!!

No comments:

Post a Comment