
Dikemaskini 2.57 petang Sekitar jam 2.30 petang tadi, kelihatan Anwar Ibrahim disambut oleh lebih 100 wartawan tempatan dan antarabangsa di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini.
Dianggarkan lebih seribu rakyat pelbagai bangsa dan lapisan usia mula membanjiri, sehingga Polis mula membuat kawalan di pintu masuk ke kandang perbicaraan.
Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) seperti Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli (PAS), Ahli Parlimen Ipoh Timur yang juga Penasihat DAP Lim Kit Siang, Senator Dr. Syed Husin Ali (PKR) antara yang terus hadir memberi sokongan kepada Anwar.
No comments:
Post a Comment