Pages

Wednesday, February 3, 2010

POLIS SAMUN PELAJAR KAH KAH BACALAH!!!

POLIS SAMUN PELAJAR KAH KAH BACALAH!!!


SUBANG JAYA: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan kerana disyaki menyamun empat pelajar wanita sebuah universiti swasta di kawasan Bestari Jaya, Batang Berjuntai, lewat malam tadiKetua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata anggota polis berusia 26 tahun itu disyaki menyamun wang tunai dan telefon bimbit -pelajar berkenaan, bersama dengan seorang lagi rakannya yang berusia lingkungan 20-an.



Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam tadi, anggota polis dari Balai Polis Shah Alam bersama rakannya itu dipercayai mengekori kereta yang dinaiki empat pelajar berkenaan selepas menahan dan menyamun mereka.



"Keempat-empat pelajar wanita itu kemudiannya membuat laporan polis, dan tindakan pantas polis berjaya membawa kepada penangkapan kedua-dua suspek itu berhampiran dengan tempat kejadian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan mesyuarat exco Persatuan Keselamatan Profesional Asia (APSA) 2010 di sini, hari ini.



Khalid berkata polis berjaya menemui beberapa telefon bimbit serta wang tunai yang dianggar bernilai lebih RM100, dan menurutnya polis akan mendapatkan perintah reman bagi menahan kedua-dua suspek hari ini.
Artikel ini ditulis oleh pemilik dari BAWEAN TERMENUNG. Artikel ini boleh dipublikasikan ulang di blog manapun selama mencantumkan nama penulis dan link sumber artikel dan hanya digunakan untuk keperluan non-komersil. Serta tidak merubah separuh atau seluruh bagian dari isi.

No comments:

Post a Comment