Pages

Monday, February 8, 2010

Postpone. .postpone,,,,,

Kes liwat Anwar ditangguh lagi

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehari lagi ekoran permintaan peguam utama ketua pembangkang itu mahu menjawab afidavit pendakwa raya berhubung permohonan agar Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dilucutkan daripada mendengar kes itu.

Karpal mengemukakan permohonan itu semalam atas alasan tidak berpuas hati dengan keputusan hakim dalam permohonan mereka agar dikenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Utusan Malaysia yang membuat liputan kes liwat kedua Anwar kali ini.

Oleh itu, hakim menangguhkan perbicaraan sehingga 9.30 pagi esok bagi membolehkan Karpal memfailkan jawapan balasnya hari ini.

Dalam mengemukakan permohonannya semalam, Karpal berkata keputusan mereka itu berdasarkan rasa tidak puas hati terhadap cara hakim mengendalikan permintaan agar mengambil tindakan menghina mahkamah ke atas akhbar berkenaan.

Menurut Karpal, cara hakim mengendalikan permintaan berhubung tindakan akhbar itu “membawa elemen bahaya di pihak hakim yang arif.”

Karpal telah membangkitkan corak liputan Utusan Malaysia pada Khamis dan Jumaat lalu. -MI

No comments:

Post a Comment